Blog Orang Selangor

05/04/2017

Kalau Dah Jodoh Tak Kemana ?

Pernah dengar tak benda nih, kalau jodoh tak kemana, kalau bodoh pun tak kemana? tak pasal pasal bodoh pulak, ini jodoh weih. Hahhaa, ada orang sampai salahkan tuhan, katanya tak temukan jodoh beliau. Memang ada orang yang sukar nak kahwin. Tadi baru je aku baca, Stephen Chow pilih untuk tidak kahwin, hahaha, hadoi. Banyak duit pun, payah jugak. Jadi, aku nak cerita pasal bertemu jodoh ini. Best tak ?



Cara Dulu : Pilihan Mak Ayah

Hooo, zaman dulu nih, lagi payah, anak perempuan kena lah ikut cakap ayah. Kalau ada orang yang masuk meminang, lepastuh ayah terus setuju, jawabnya kenalah terima, tanpa banyak tanya. Itu terjadi kepada family mertua aku. Diceritakan oleh wife aku, mak memang sekolah best, tapi tak masuk universiti, sebab dah ada orang masuk meminang, jadi jawabnya, terus kahwinlah. hahaha.

Kawan Rekomen

Hada pulak yang kengkawan, rekomen, kenen kenen. hahaha, ini pun terjadi kepada kengkawan jugaklah. Rasanya Nurul dan Akmal, direkomenkan oleh Atie dan Ober, hahahah. Best jugak tuh.Kakak ipar, tauke mumsluv pun , bertemu jodoh, sebab ada orang tolong temukan. hahaha, best tak ?

Ada Ke Perkhidmatan Temukan Pasangan ?

Zaman makin canggih, kau tahu tak, kat negara moden sana, memang ada pakar matchmaker. Siap ada sijil semua. Depa memang pakar, temukan kau dengan orang yang mungkin sesuai dengan kau, dan depa usaha supaya kau dapat kahwin. Hahhaa, power tak. Nak lagi power, kat Malaysia ni, ada seorang insan, yang rupanya dah lama buat kerja nih. Hahhaa, power siut, cuba kau buka LunchActually, hahaha insan hebat bernama Violet Lim nih, pakar, memang belajar dan ada sijil dalam bidang bertemu jodoh nih. Hhaha, power weih. 

Jodoh Kena Usaha.

Apapun, kalau kau rasa betul betul nak kahwin, kau usaha sebaiknya. Kalau kau rasa pilihan mak bapak kau tuh macam kuno sangat, why not kau cuba cara moden nih. Hahahha, usaha usaha, yang buka hati ni kerja tuhan.

No comments:

Post a Comment