Blog Orang Selangor

11/04/2017

Filem HOSPITAL Memang SERAM !!!

Kalau korang rasa nak tengok filem seram minggu nih, nak rasa thrill yang lain dari yang lain, aku cadangkan korang tengok cerita HOSPITAL nih. Hhahaha, ni yang terbaik nih, filem ni keluar 13 April nih, so sapa plan nak keluar malam jumaat, nak keluar friday night movie baik kau tengok cerita nih. 




Cerita dia simple, seorang budak bernama Amira, datang dari kampung, nak cari kerja lah konon. Bajet tengok kat mana dia nak kerja.  Akhirnya dia dapat offer kerja sebuah hospital . Tapi biasalah, kat hospital berjumpa pulak dengan seorang nurse bernama Diana, hoo, dan dari situ bermula cerita, dan seram, Amira mula rasa pelik bila start kerja di sebuah HOSPITAL. Apa  yang terjadi kepada Amira nanti ? So jangan pulak tak tengok cerita nih.


Satu cerita thriller seram menarik hasil tangan Azaromi Ghozali. Filem ke 118 Metrowealth MIG nih, memang sangat sesuai untuk mereka yang  maukan kelainan. Jalan cerita nih di lakonkan oleh pelakon hebat seperti Fizz Fairuz, Nina Iskandar, Shima Anuar, Serina Redzuawan, Fatin Afeefa, Julia Farhana Marin. 

No comments:

Post a Comment