Surat Kepada Andrewson Ading Seman

SARAWAK MENANGIS LAGI

Salam Andrewson Ading Seman, saya faiz, nama facebook joe labu. Hari aku ada datang kolej kelima dayasari universiti malaya, hahha, lama tak datang UM ni, sejak berhenti belajar. Jarang join aktiviti kolej macam nih, adalah dulu masa jadi tutor, terjoin tengok battle of the band kat kolej 12. Layan jelah masa tuh.


andrewson ading seman


MALAM PUISI DAYASARI

Malam puisi tuh dengan tema Aman dan Manusia tuh memang sukar sebenarnya tajuk tuh. Tapi tulah, sebab nak berhibur, bolehlah ada nyanyian sikit yang memang dah sah lari tema dan objektif nya. Tapi bila tiba part kau tuh, memang power, bila start je keluar video sarawak menangis lagi. Aku rasa ada sesuatu power yanng hendak di sampaikan, walaupun kau pegang kertas, macam tak hafal, tapi itu pun style, sebab aku tengok Pyan Habib pegang kertas, cool je, hahhaha,

PROTES DENGAN ILMU DAN SENI

Kalau kita tengok bumi orang , diluar sana, yang berperang dan bergelut itu memang sedih, tapi ada yang lagi sedih bila bumi sendiri yang dipijak itu masih lagi ditindas dan masih lagi ada masalah. Hahaha, kat mana nak berjuang tuh ? kat sini pun ada banyak problem lagi. Apapun teruskan perjuangan kau Andrew, biarlah protes itu dengan ilmu dan seni, dan bukan dengan kekerasan yang tiada kesudahan !!!

Comments

Popular Posts