RICH DIN VS POOR DIN

Al kisah ada dua din ( takde kena dengan master din,hadihaizil din ) hahaha. Ada satu masa, RICH DIN buat majlis kesyukuran di rumahnya, ajak satu kampung makan. POOR DIN ni tertanya, kenapa RICH DIN macam berlagak. So masa ni ada peluang nak tanya RICH DIN kenapa dia bermewah mewah.


rich din vs poor din


POOR DIN dah sampai kat majlis tuh, tanpa buang masa, terus tanya berapa kaya nya RICH DIN nih. RICH DIN sudi jawab , tapi POOR DIN pun mesti cerita , berapa miskinnya POOR DIN nih. OKlah, cerita ni dimulakan dengan POOR DIN dulu.

POOR DIN memang kerja rileks je, ada job jalan lah. Ada masa malas nak usaha, harapkan bantuan kerajaan. Rumah pun biasa je, asyik lepak mminum, makan pun tak jaga, merokok, minum benda manis banyak. Lepas tuh rumah tuh, tak berapa bersih, katanya malas, nak upah orang bersihkan pun malas. Lepas tuh teruknys poor din ni beli kereta kancil, dengan pinjam duit ahlong, ada masa tuh bawak kereta kancil tuh pergi racing, bawak kawan datang rumah, layan pulak minum, kekadang borak sampai ke malam, lepas tuh terlepas main pakau sampai jadi judi . Itulah kerja poor din. Kekadang tuh ada kerja, tapi harap keajaiban je, harap bantuan kerajaan.

ok POOR DIN, dah habis cerita. Jadi POOR DIN, nak tahu pulak RICH DIN buat apa. Sebab dia pernahlah perli RICH DIN, mewah gile, bajet nak menunjuk. So RICH DIN pun start cerita dia macam nih.

RICH DIN ni rajin, ambil peluang, belajar berniaga, siang malam kerja. Dulu dia pun macam poor din, tapi dia sentiasa ambil peluang berniaga. Dari modal kecil, sampailah business dia berkembang. Lepas tuh usaha usaha, akhirnya duit banyak kaya raya. Dia beli kereta VELLFIRE putih, beli rumah banglo, semuanya cash. sebab hutang ni boleh jadi RIBA. Dia beli vellfire nih, bukan saje je, tapi ambil peluang guna kereta tuh bawak OKU, pergi masjid, bawak anak yatim hantar ke sekolah. Lepas tuh tumpangkan orang jalan kaki pergi masjid dengan VELLFIRE putihnya. Rumah besar dia bukan duduk rilek, tapi selalu buat makan makan untuk orang susah dan anak yatim. Selalu jugak rumah besar Rich Din ni gunakan untuk buat kelas agama, kelas business, kelas tusyen, semuanya percuma untuk pendduduk kampung tuh. Rich din tak suka minum dan tak merokok. Duit habis beli makanan tambahan, sebab tahu, kena sihat nak bantu orang susah dalam kampung dia.

Hahha, macam tulah cerita, dua dunia berbeza POOR DIN dan RICH DIN. Nampak tak ada beza ? Ada orang kata buat apa ada harta banyak banyak, harta tak bawak mati pun.

Ok itu memang pasti. Tapi tahu tak, setiap harta yang kita ada, itu yang akan ditanya. Apa yang kita guna , itulah yang Allah kira untuk kita masuk syurga. BUkan berapa banyak berapa mewah harta yang kita ada. Kalau kita hidup ala kadar, tapi guna kancil pergi racing haram macam poor din, kan tak bagus tul tak ?

Moral of the STORY ?

Kalau minda korang macam POOR DIN, jawapnya toksah buat apa apa, janji ada orang bantu, janji gaji jalan, janji ada sales, takyah nak maju sangat hidup.

TAPI

Kalau minda korang macam RICH DIN, korang mesti usaha sebaiknya, kembangkan business korang lagi, sebab tahu banyak benda kebaikan korang boleh buat bila dah KAYA.

So korang fahamkan Kenapa Orang Islam kena KAYA ?

Comments

Popular Posts