Hotel Ritz Garden Seri Manjung

Sebenarnya gua nak tidur area lumut masa habis kenduri fariz anak mak lang, harituh, tapi tah macam mana, kesian pulak gua  tengok area lumut. Memang boleh kata mati. Hotel lama gua duduk dulu, lumut country resort, dah boleh jadi lokasi filem seram. Macam mana pun kitorang balik area manjung, tengok ada tempat tidur best pulak kat Hotel Ritz Garden Seri Manjung nih.



Nak cerita jugaklah, kitorang terpaksalah tidur sini, sebab tak jadi nak follow mak ayah nak lepak area taiping, esok sebabnya kami nak kena gerak ke area broga, hahha, ada team building pulak. Punyalah penat, takpalah, janji layan. Memang pengalaman menarik jugak korang tidur sini. Bandar dekat makanan banyak. Lepas tuh kalau korang nak jalan teluk batik, lumut, pangkor, dekat je. Ok je bilik dia, janji boleh tidur. Aku ambil standard je nih, RM 127 termasuk gst, ada breakfast lagi. Hhahaha, bajet hotel yang memang sempoi.




Malam tuh edisi tambahan, lepak ruma pengantin askar TLDM dan kekasih negari dibawah bayu, kitorang layan game, cabutan bertuah, mee rebus, nasi kenduri, dan macam macam lagi hidangan. Kutip duit syiling, dan macam macam lagilah. Buka hadiah, tapi hadiah tak dapat, sebab tuh pengantin punya. Hhaha,layan jelah ye. 


Comments

Popular Posts