Blog Orang Selangor

20/02/2017

Bahaya MLM Haram Jadah

MLM H$R@M J#D@H

Bukan nak cakap lakonan ni sekadar lakonan, tapi itulah hakikat yang kami pernah lalui, saya cuba melakonkan seorang watak yang kecewa dengan MLM yang macam nih, dulu pernahlah join satu tuh, tapi biarkanlah, itu pengajaran. Hahaha, hutang pulak satu hal lain, dan salah satunya hutang buat MLM yang tak hapa hapa, jadi beban , hadoi.


mlm haram jadah hutang banyak

MODAL RENDAH

Ye, paling penting, pilihlah pelan pemasaran MLM yang sepatutnya kenakan yuran sahaja, dan stok boleh ambil selepas dapat duit. Jadi gila nih, bila ada orang nak cepat naik pangkat, buat gile gile sampai 20 hingga 30 ribu lesap, semata mata nak naik pangkat. Hahhaha, ayat memang kaw kaw punyalah. Ini pun pengalaman sendiri. Kami nak duplicate cara tuh, kami fikir, kenapa susah nak closed , rupanya nasib baik takde orang join kami masa tuh. Kalau tak merana keberkatan kami, sebab suruh orang buat RIBA. Jangan main main riba nih, kalau Allah declare PERANG, maknanya bukan dosa biasa. Macam kerajaan malaysia PERANGI DADAH, haahha.

PRODUK BERKUALITI

Jangan kerana nak untung, jual produk tah hapa hapa, end up merana lagi adalah. jadi buat penelitian sikit tentang produk MLM tersebut, ada kajian sains tak, ada peer review tak , ada bukti tak. Jangan hanya sekadar testimonial je, sebab testimonial nih boleh menipu. Nak lagi bagus, kita sebagai pengguna produk tersebut, barulah bagus kita kongsikan kepada orang luar. Kalau kita jual je, tapi tak guna produk tuh, itu memang kerja nak jual dan cari untung, memang tak best.

TEKNOLOGI MEMUDAHKAN

Ye , memang satu lagi best, bila dah ada teknologi, ianya patut dimanfaatkan, dari yang jauh , dekat, yang sukar nak keluar malam, lagi lagi golongan mak, yang memang sukar, ataupun tak dapat lagi keizinan suami nak jumpa prospek ke, customer ke, kelas ke. Tapi sekarang dengan teknologi, fb, blog,ig, mudah untuk menjual, lagi satu pulak, kita ni yang dulu dulu malu, boleh belajar perlahan-lahan buat sharing, lepas tuh belajar pulak bercakap, dengan adanya fb live. Hhahaha, jadi kalau rasa gugup, tak biasa cakap, tak pandai cakap, teknologi ni sangat membantu nak buat sales. Lagilah sekarang online banking, customer masuk duit, kita ambil stok, dan pergi pos barang. Nak lagi best, company tuh yang poskan untuk kita. Best tak ?

GAGAL BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMANYA

naik turun, hidup, itu semua pemberian Allah, bukan sebab apa pun, sebab Allah sayang kita. Ujian kita berbeza beza, setiap yang kita dah lalui, banyak pengajarannya. Ada keputusan yang sukar kita buat, dah lepas jangan dikenang. Ada je masa nak restart balik, bina balik kejayaan, dari bawah, toksah malu. Hehehe, saya pun setiap hari, bermula dari bawah, bak kata seorang otai, setiap hari adalah hari pertama kita mula join sesuatu business. Jadi pilihlah business, buatlah yang korang suka. Tapi mesej penting dalam video nih, janganlah buat hutang melarat larat sampai menjerat, sampai nak bunu diri. Yeah !!!!


No comments:

Post a Comment