Blog Orang Selangor

26/02/2017

Mesej Tersirat Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ....

MESEJ SEBENAR UPIN IPIN JENG JENG JENG ....

Hari tuh tah macam mana , sepatutnya nak tengok kat wayang, dari tahun lepas lagi, hahah, bebudak nak tengok upin ipin nih. Oklah, sebab best katanya. Tapi masa tuh terpengaruh dengan disney Moana , hahhaa itu pun layan jugak, orang putih punya cerita. Lepas tuh berbulan sudah tak tengok, jumaat lepas baru tengok filem Les' Copaque Production Sdn. Bhd. nih, feewit, akhirnya. Tengok punya tengok, last sekali barulah mesej sebenarnya filem ni sampai ke kepala otak aku.


mesej tersirat filem upin ipin jeng jeng jeng

CARILAH KEBAHAGIAN YANG SEBENAR

Hhahaha, kalau korang tengok betul betul, last sekali, bila part upin dan ipin tegur aqish tuh, aku baru faham, oh ye, budak aqish ni sebenarnya terlampau obses, ye, penyakit obses dia nih yang memakan kebahagian dia. Upin dan Ipin kata , diorang terpaksa cari budak lain pulak, sebab aqish dah jumpa family dia yang sebenar, dah rasa kebahagian yang sebenarnya, iaitu bersama kawan kawan dia di rumah pengasih, abang awie dan bo, kak noreen dan abang jahat Zaman. Hhahaaha, korang nampak tak elemen nih ?

OBSES GAJET DAN KARTUN

Aku rasalah cerita nih nak bagitahu mak bapak, sebenarnya, anak anak kita perlu cari kebahagian, kegembiraan di luar sana, di dunia nyata, dan bukannya dalam dunia gajet , yang dipenuhi kartun kartun. Kita memang boleh tengok upin ipin, tapi jangan sampai OBSES, ye, itu yang terjadi pada aqish, terlampau obses sampai kawan dia kata dia macam gila cakap sorang sorang. Betul tak ? Kalau kita pun sebagai mak bapak, jangan biarkan diorang ni tertumpu pada kartun, jangan gantikan gajet sebagai kawan mereka, biarkan mereka cari kebahagian sebenar diluar sana. Nak tengok boleh je, tapi kena kawal dan jangan sampai jadi terasing, yang ni yang terjadi pada aqish dalam cerita nih. Ok, aku rasa mesej ni memang budak budak confirm tak faham, tapi aku rasa Hajah Ainon dan Erma Fatima nak kita faham mesej cerita nih, jangan OBSES dengan WATAK ANIMASI. Carilah KEGEMBIRAAN di DUNIA NYATA.

TEKNIK PENCERITAAN YANG KURANG KEMAS

Yang ni memang aku sentuh bab penceritaan. Jalan cerita dia bagus, ada beberapa mesej sampingan yang aku nampak, contohnya jangan terlibat dengan along, sayangi anak-anak yatim, jangan putus asa waluapun dah jadi artis tua, dan lain-lain yang korang perasanlah. Apapun memang jalan cerita dia nih, sebab nak gabungkan elemen 3D, nak buat kelakar, akhirnya tak berapa kemas, sampai orang kata jadi bosan, orang kata upin ipin ni watak sampingan, orang kata cerita nih cepat bosan dan macam-macam. Takpa, benda benda ni kita boleh belajar dan terus belajar. Aku rasa ada satu cerita obses kartun ni kat hollywood, korang tahu cerita apa ? hmmm. Kalau perhalusi lagi, tekankan elemen OBSES aqish tuh, mesti mesej cerita nih sampai. Hahhaa.

UPIN IPIN THE MOVIE

Lepas tuh ada trailer pulak, hahhaha, yang ni tak perlu kot. Tapi tengok trailer tuh, ok, back to 3D animasi, biasa jelah, confirm bebudak suka punya, sebab watak watak ihsan, fizi , mail ,jarjit, mei mei semuanya ada balik. Tapi aku rasa Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni barulah best, sebab lain dari yang lain. Hahaha, sebab mungkin aku sorang je perasan elemen obses nih, aku bagi 5/5 pada idea jalan cerita. Tapi story line kurang kemas, bintang berkurang menjadi 3/5 . Yang paling penting, aku suka elemen "JENG JENG JENG !!! "

No comments:

Post a Comment