Kerja

TAHUN KE-4 KERJA SENDIRI

Hahaha, 3 tahun sudah menempuh liku liku bila kerja sendiri, memang pening pala jugaklah, bila business up memang sedap , bila jatuh sikit, mula goyah keimanan dan ketakwaan dan kebijaksanaan.


kerja sendiri buat shaklee lagi best

3 TAHUN PERTAMA

Dalam 3 tahun ni masih merangkak lagi, ada beberapa pelajaran dan pengajaran yang sangat berguna, lagi lagi bila dah kerja sendiri, disiplin, pengurusan kewangan dan macam macam lagi. Yang paling penting hadapi situasi gawat dan masalah hutang. Tahun ni insyaallah kami ada misi penting 2017 yang perlu diselesaikan. Harap harap berjaya , misi membebaskan diri dari segala rantaian bank bank dajal sedunia, hahahha.

5 TAHUN BUSINESS SHAKLEE

Kalau ikut pendaftaran shaklee, dah hampir 5 tahun menjalankan business SHAKLEE, pasang surut tuh adat, tak payah nak compare dengan orang lain, kita sendiri tentukan hala tuju business nih. Rasanya tak pernah nak tukar ke business lain, jual benda lain. Kekadang adalah hhadiri jemputan review , last sekali pun ke AEON Anggun,Rawang, tapi bukanlah sekadar pergi, malah dengan misi luaskan networking sambil jumpa kenalan baru.

MISI HUTANG

Tahun ni tahun penting buat kami berdua, macam saya cakap tadi, misi pembebasan dari sistem dajal sedunia ni perlu dibuat cepat, jangan sampai sistem dajal ni memakan keberkatan bonus bonus besar shaklee kami, huhuhu. Oh tidak

Comments

Popular Posts