Harga

JUAL HARGA RETAIL

Kalau nak business shaklee ni untung, first mesti jual harga retail, kalau jual harga ahli mesti jadi ahli, tapi ada je yang jual harga kasih sayang, bawah dari yang sepatutnya, untung ke tak untung ?


harga retail baru untung

RENTUNG

Mula mula tuh memang kasih sayang, tapi jawabnya bukan untung , tapi rentung, boleh rentungkan market, hahaha. Satu dah jatuhkan kualiti dan martabat produk tuh sendiri. Penat penat saintis bruce daggy dan kawan kawan dia buat produk tuh kasi selamat berkesan, kau pulak jual harga bawah ahli, jual kat lazatlah, jalan empat belas, jalan pinggir , jalan susuh, jalan jalan cari makan. Hhahahaha kejaplah untung, lepas tuh habis

MODAL

Modal pun kena ingat, tengok sikit, dulu aku dah kena kaw kaw habis duit buat loan, renntung hoo, bukan untung, hahah, mamat tuh untung, aku rentung, tapi jangan kaw pedajal orang involve riba, nanti kau sendiri pun akan merana jugak, tak berkat hidup, hahaha, ni hasil dari penampakan dan pengalaman sendiri.

SEDEKAH

Oklah, nak untung ni satu lagi jangan buat konsep sedekah, beli sambil menderma, kalau nak diskaun , takyah cakap menderma, sedekah je. Hhahahaha, ada yang ambil kesempatan, jual derma kat palestin, jual barang peratusan derma kat syria, tapi belum tentu dia nak derma, huhuhu, rasulullah rasanya tak buat macam ni dulu, ke aku yang silap, haaha

Comments

Popular Posts