Telomere

KENAPA BOBOIBOY JADI PELUPA BILA PECAH JADI TIGA ? TEORI PEMBAHAGIAN DNA ADA JAWAPANNYA.

Masa aku belajar pasal sel nih, aku belajar yang sel akan sentiasa pecah dua, pecah dua dua dua dan dua. Kalau sel tuh tak normal, dia akan pecah secara tak normal. Kalau kita belajar pasal sel kanser, sel akan berpecah kepada sehingga tak terkawal. Kalau kau tengok satu episod BoBoiBoy, musim pertama episod 6, kau akan nampak, bila boboiboy pecah kepada tiga pada satu kondisi yang lama, dia akan jadi pelupa. AKhirnya untuk menghalang boboiboy halilinta mengganas, boboiboy angin dan tanah bergabung untuk mengalahkan boboiboy halilintar. Tapi kerana ketidaksedaran probe bercakap TERBAIK, akhirnya boboiboy halilintar teringat kembali dan bergabung kembali menjadi satu.


teori penuaan dengan ungkapan dna telomere

PENEMUAN TELOMERE

AKu rasa kelakar pun ada tengok episod nih, macam mana lah bila pecah tiga untuk tempoh yang lama boleh jadi pelupa. Selalunya pelupa nih, untuk orang yang nyanyuk je. Haah, bila kau sebut pasal nyanyuk nih, ianya sesuai untuk orang tua. Tapi sebenarnya, zaman sekarang orang muda pun dah mula pelupa. Sebab apa ? Sebab sel mereka makin lama makin rosak. Cerita boboiboy jadi pelupa itu adalah satu gambaran kepada suatu bidang perubatan, bila saintis menjumpai TELOMERE !!!

Hahaha, sekarang ni kalau cakap telomere ni (sebut telor mere) nak senang aku cakap je TELOR MIRA, hahaha, bukan sebarang telur. Kalau hangpa biasa semua dengar pasal DNA, hangpa semua tahu DNA ni code genetik yang boleh memberitahu yang kita ni sihat ke, sakit ke, kulit putih ke, hitam ke , dan macam macam lagi. TApi ada satu bahagian lagi yang penting pada kromosom manusia, iaitu TELORMIRA ni. Jadi telomira nih, hang boleh bayangkan seperti cap dihujung tali kasut. Tali kasut ni dia akan elok cantik kalau cap dia cantik. Bila cap tali kasut nih mula merekah, mulalah tali kasut korang akan mereput. Begitulah berlaku pada Telomere pada kromosom. Bila berlakunya pembahagian sel, telomere ni makin memendek, dan akhirnya tiada pelindungan pada kromosom tersebut, dan akhirnya, sel itu akan mati. Bila sel banyak dah mati, itulah sebab berlakunya badan kita mula mereput, mula sakit, dan silap haribulan boleh jadi nyanyuk dan pelupa.

Bila kita membaca tentang TELOR MIRA nih, sebenarnya saintis dah sedar kewujudan telormira pada tahun 1930. Jadi kajian demi kajian dibuat. Satu pertemuan terpenting dalam sejarah TELORMIRA ialah pada tahun 1980, bila Dr Elizabeth Blackburn membentangkan kertas kerja tentang TELOMERE nih. Ianya terjadi bila Dr Elizabeth terjumpa seolah seolah seperti mini kromosom yang berbeza dari kromosom biasa. Pertemuan DR Elizabeth dan Jack W. Szostak pada suatu persidangan akhirnya membawa kepada satu hasil usaha sama. Akhirnya, pada tahun 2009, setelah sekian lama berhempas pulas, trio Amerika nih, termasuk Carol W. Greider akhirnya dianugerahkan Hadiah Nobel Fisiologi Perubatan. Hasil penemuan adalah kerana mereka berjaya bagaimana TELOMERE ni berfungsi untuk melindungi kromosom. Hasil dari penemuan ini, para saintis akhirnya menyedari, panjang TELOMERE ni sangat penting untuk kesihatan yang lebih baik, dan teori penuaan sangat bergantung padanya.

MEMELIHARA PANJANG TELOMERE

Jadi kajian demi kajian dijalankan, para saintis akhirnya fokus kepada persoalan, "Bagaimana kita ingin Memelihara Panjang Telomere ? ". Dalam beberapa kajian, dikatakan bersukan boleh memelihara panjang telomere. Selain itu, permakanan yang baik, permakanan yang mengandungi omega-3 sangat bagus. Ianya dibuktikan pada satu kajian dimana penduduk okinawa Jepun adalah penduduk yang hidup paling lama di dunia. Kajian ini menunjukkan telomere bagi penduduk pesisir pantai sangat baik, kerana mereka mengamalkan diet ikan yang segar. Selain, kajian menunjukkan, pengambilan Resveratrol boleh memelihara panjang Telomere ini. Sumber resveratrol yang terkenal ada pada buah anggur, yang selalu disebut berulang kali dalam quran. Pada tahun 2015, saintis menyatakan kebaikan yoga dan meditasi boleh memelihara panjang telomere . Satu kajian lain menunjukkan pengamal meditasi mempunyai telomere lebih panjang dari bukan pengamal meditasi.

Bila baca kembali, refleksi ni berlaku bila kita melihat orang tua yang muka bersih cantik tak nampak tua, dimakan usia, orang kata kerana mereka menjaga solat mereka, itu memang janji Allah. Ianya telah dibuktikan dengan teori sains yang berjaya dijumpai manusia. Semuanya hanya kerana penemuan fungsi sebuah cap DNA yang dinamakan TELOMERE atau TELORMIRA !!!

Comments

Popular Posts