Blog Orang Selangor

01/01/2017

Misi

MISI BESAR TAHUN 2017

Alhamdulillah, tahun lepas, seperti tahun sebelum tahun lepas, kitorang buat satu business, fokus pada satu business , yang memang kami suka buat business nih. Alhamdulillah, naik turun business nih, tambah lagi beberapa kesilapan yang kitorang lakukan, yang memang memakan jiwa dan raga, semuanya satu pengalaman dan pengajaran buat kami.


misi besar 2017 selesaikan hutang

JIWA RAGA

Cuma, beberapa detik, dalam tahun lepas, kami berfikir untuk menjalankan misi nih, kuatkan jiwa dan raga, berkorban apa saja, untuk misi besar 2017, memang sukar, sebab bukan ramai yang faham, kami dah sepakat dengan misi besar nih. Banyak sebab, beberapa sebab, kerana kami tahu, hidup tak lama, tiada siapa nak tolong kami, kalau bukan kami sendiri.

DOAKAN

Doakan kami misi besar ni berjaya sepenuhnya, misi bebaskan dari rantaian sistem mata satu. Korbankan sesuatu perkara, kita kena berani, untuk misi besar ini, Kalaulah tiada jiwa hati dan keberanian, selamanya misi ni takkan berjaya. Harap tahun 2017, satu permulaan baru , kita bermula kembali, kita kumpul kembali, Tiada yang mudah, semua benda baik ada halangan dugaan cabaran liku liku. Kenalah kita kuat, tiada orang lain yang boleh bantu kita.

No comments:

Post a Comment