Blog Orang Selangor

02/01/2017

KBAT

KBAT - KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Hahhaa, sebenarnya gua ternampak istilah ni dalam status status kbat joe malaysia aka Zulhelmi Arif, sebab dia engineer tersohor dari jerman. Lepas tuh pulak, video klip geng UPSR pun ada seorang watak bernama Viki, dia pakar KBAT. Hhahaha, Lepas tuh pak mertua ku kata, malaysia punya pelajar pun sebenarnya lemah takde berdaya saing dalam , sebab kerajaan buat KBAT nih, hahaha.


kemahiran berfikir aras tinggi kbat

KBAT DALAM QURAN

Tapi KBAT nih dah lama dah, sejak 1400 tahun dulu, ajaran KBAT nih dah ada pun dalam quran. Nak tak nak, rupanya mamat hafiz ni kata dia dapat 100 ayat, , hooo 100 markah, seratus weih, yang ni aku letak sikit je

  • Albaqarah:44 - Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban)mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?
  • Albaqarah:219 - Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya“. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “Yang lebih dari keperluan“. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,
  • AlAraf: 176 - Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

CONTOH PEMIKIRAN KBAT

Bila fikir macam tuh, memang tengok banyak gila contoh contoh yang bagus untuk KBAT kan semua rakyat malaysia. Memang power lah. Antara beberapa contoh KBAT yang power.

  1. Buat double parking, dekat area bank sebab parking dah penuh, jimat tak payah bayar kupon, lepas tuh dekat dan menjimatkan tenaga, sangat mudah.
  2. Buang je sampah kat tempat yang tetiba banyak sampah, tak payah asingkan, jadi jimat tenaga, dan senang kemaskan rumah, tak perlua buat banyak kerja nak kena asingkan sisa pepejal.
  3. Masukkan duit banyak banyak dalam industri skim cepat kaya, mengharap duit akan membiak.
  4. Buat cukai banyak banyak untuk tampung hutang, yang ni terjadi kat negara zimbabwe, setakat nih, kat malaysia pemimpin semua baik baik. Semua cukai kat malaysia nih banyak untuk kebaikan negara.
  5. Tangkap pelapor kesalahan, walaupun kesalahan tuh jelas terang dan nyata, yang berlaku kat uganda. kat malaysia nih, takda kes macam nih. cuma bocorkan maklumat kerajaan yang sulit je.

Jadi kalau senaraikan aktiviti KBAT nih, kita akan dapati negara malaysia sebenarnya dah sampai tahap pemikiran tinggi. Jadi banggalah jadi rakyat malaysia. Sememangnya rakyat malaysia aakan menjadi negara maju 2020 dengan KBAT !!!

No comments:

Post a Comment