Faiz Subri

FAIZ SUBRI VS FAIZ SAAID

Alhamdulillah, hebat gila faiz subri, berhempas pulas semua penyokong malaysia, dan serata dunia vote gol faiz subri dan last sekali masuk final , 3 terbaik, anugerah puskas award 2016. Lepas tuh, minggu nih, depa umum faiz subri menang, diumumkan oleh legenda ronaldo gemuk. Hhahaa, layan siut, hebat gile,


faiz subri gol tercantik 2016 fifa puskas award

ZAMAN SEKOLAH

Memang tak boleh nak lawanlah, walaupun aku suka main bola sepak, tapi masa darjah satulah, lepas tuh darjah dua, aku dapat wakil sekolah, itupun tak main langsung, duduk jadi reserve sampai sekolah aku menang. Hahhaha, masa darjah enam, aku dah masuk selection, tapi main banyak last last tak terpilih. Lepas tuh memang aku tak retilah main bola sepak sampai sekarang, hahah, nak tendang free kick pun tak lepas, tonjol je lebih.

KELANTAN

Faiz subri lagi gempak, nama dia dah top masa kat kelantan dulu. Masa tuh astro arenalah, memang selalu layan game kelantan, zaman kebanggaan dulu dengan piya, sebelum kantoi segala duit mara tak terbayar gaji kelantan, sebelum kelantan jadi pasukan pink pamoga. Tapi nasib faiz subri join team penang, sekali dia rembat kaw kaw masuk gol, cantik pulak, dan menakjubkan. ahahha, ada orang kata nasib penjaga gol tuh tak tangkap bola. Tapi bagi aku, penjaga gol tuh tak sangka bola tuh lawan hukum fizik, dia pun pening kepala, jadilah gol paling cantik dalam dunia 2016.

PERANAN FAM

Walaubagaimana pun cantik, kalau tak didaftarkan, tak guna jugak. Aku rasa FAM pun mainkan peranan untuk memenangkan Faiz Subri, sponsor faiz subri pergi swirzeland, kalau pergi pakai duit gaji main bola, memang tak lepaslah. apapun, FAM pun bangga lah, sebab diorang pun main peranan sekali untuk kejayaan Faiz Subri nih. So dalam bab nih, aku pun ucapkan tahniah kepada FAM sebab kesungguhan untuk calonkan gol cantik ni dalam anugerah puskas.

HAKIKAT 

Tapi macam biasa, ramai pakar kata, Faiz Subri kena sentiasa buat gol free kick ni masuk. Hhahaha, kalau tak sukar nak jadi legend macam david beckham, roberto carlos, kat malaysia macam safiq rahim. Hhahaha, tapi tulah, tuah Faiz Subri ialah dia tendang sekali masuk, terus dapat award. Memang mantop. Ini rezeki Faiz Subri, bukan rezeki aku, aku tumpang glamer jelah sebab nama Faiz jelah, hahahhaa. Perjalanan masih jauh, nama malaysia dah glamer satu dunia, tapi ranking tinggi dari belakang. jadi, semua orang kena main peranan untuk naikkan kembali bolasepak malaysia. Yehaaaa, tahniah Faiz Subri !!!!

Comments

Popular Posts