Dangal

BARU AKU FAHAM SUKAN GUSTI LEPAS TENGOK DANGAL

Cerita yang aku baru tengok nih adalah satu movie yang gile dari Amir khan bersama disney. Ok tajuk dia pun mudah ingat. iaitu DANGAL. Kalau nak sebut makna dia, ianya membawa maksud yang berbeza dalam bahasa hindi. mudahnya ialah dangal ialah wrestling. Hhahaa, kalau bab bahasa tuh serahkan kepada pakar bahasa hindusthan.


amir khan ajar gusti dalam filem DANGAL

BEZA DENGAN SULTAN

Tapi paling best ialah cerita dia nih boleh pulak satu tahun sama dengan cerita pasal wrestling jugak, iaitu SULTAN. Sultan ni dia pun ada wrestling jugak, tapi lepas tuh dia masuk pulak lawan gaya bebas ala one championship tuh. Cerita sultan salman khan nih, banyak kepada kesungguhan Salman Khan nak menang balik hati wife dia. Tapi dia tak fokus sangat kepada gusti nih, lebih kepada individu bernama Sultan.

BELAJAR  GUSTI DENGAN AMIR KHAN

Bila aku tengok Dangal, cerita ni betul betul angkat sukan gusti yang kita tengok dekat olimpik. NI bukan cerita gusti WWE yang main terajang je. Tapi yang akan terasa, seolah olah kita nih akan dilatih oleh Amir Khan sendiri. Rasa macam perit dengan latihan. Sejak dari kecil, jurulatih tuh adalah bapak kau sendiri, dia ajar kau teknik gusti, ajar bab kekuatan, ajar bab diet, kesungguhan, sampailah kau besar, kau jadi juara kebangsaan dan akhirnya masuk komenwel.


TEKNIKAL DAN TAKTIKAL

Kalau rasa nak belajar main gusti, kena tengok cerita nih. Cerita ni penuh dengan teknikal, selain dari elemen emosi , kasih sayang tuh, banyak gile isu teknikal gusti yang Amir Khan tonjolkan. Lagi lagi bab taktikal perlawanan. Dari cara kutipan mata, masa tie break, memang kalau kita ni zero bab gusti, tengok cerita nih kita akan faham, hoo macam ni rupanya gusti. Boleh dikatakan, cerita Amir khan, banyak unsur teknikal dan keilmuan, macam jugak cerita 3 idiots yang banyak unsur teknikal, kali ni tengok Dangal pun best, banyak benda yang kita akan belajar secara teori.Kalau praktikal, jawabnya kita kena ajak memberlah lawan gusti, hahaha.


AHLI GUSTI

Lepas tengok Dangal nih, aku rasa, aku boleh hargai sukan gusti yang ada kat olimpik tuh. Amir Khan dah ajar cara cara dapat mata dalam gusti, teknik berkesan, teknik latihan, dari gusti tradisional sampailah ke gusti olimpik, semuanya seolah olah lengkap kalau kita nak jadi AHLI GUSTI .

Comments

Popular Posts