Cikgu Asmadi

KESABARAN CIKGU DARJAH SATU YANG VIRAL

Assalamualaikum Cikgu Asmadi Samad, saya Faiz Saaid, ayah kepada Arreessa Zulaikha, kelas 1 Neptune. Baru- baru nih saya membaca kisah cikgu di facebook kisah budak darjah satu dari sekolah. Semuanya diberitahu oleh isteri saya, oh ni cikgu sekolah Arreessa. Lepas dari kes tuh, saya terus singgah ke facebook cikgu. Isteri saya pun ada beritahu, cikgu pernah cakap status cikgu pernah masuk siakap keli, masa tuh saya baru hantar anak saya masa orientasi.


cikgu asmadi SKBA



KAWAN BARU

Bila melihat semua status cikgu pasal anak anak darjah satu nih, saya memang terhibur bila ada anak murid suka dipanggil Abishek bachan, ada yang nak tocang frozen. Tapi masa saya hantar anak ke sekolah, kami perasan ada seorang pelajar yang pakai spek mata hitam dalam kelas cikgu. Tak kurang juga yang masih menangis sebab tak biasa lagi. Alhamdulillah, anak saya gembira dan mula kenal dengan kawan kawan baru di SKBA.

BERANI 

Saya nak ucapkan terima kasih kepada cikgu sebab BERANI bersuara dan sudi berkongsi di Media Sosial. Saya yakin, bila seorang cikgu mengeluarkan pendapat di media sosial, saya gembira ada cikgu yang sudi berkongsi pendapat dan cerita yang berlaku di sekolah. Memang sukar untuk kita berkongsi pendapat, kerana pendapat kita bukan semuanya suka. Adakalanya, ucapan kita di facebook boleh dilaporkan ke balai polis kerana menghina seseorang, walaupun hanya menggunakan bahasa kiasan.

DISIPLIN SEKOLAH

Minggu depan, bermulalah pembelajaran anak anak tahun 1 ini. Ibu bapa perlu lepaskan anak mereka. Masa ini mereka akan dibentuk disiplin di sekolah dan mula mendengar kata kata cikgu. Saya ucapkan terima kasih kepada cikgu, dan teruskan berkongsi di facebook tentang pendidikan. Terima kasih cikgu-cikgu SKBA kerana bersabar dengan perangai anak-anak kami. Semoga cikgu-cikgu diberikan kekuatan, dimurahkan rezeki, pahala akhirat dan dunia. Amin

Comments

Popular Posts