Alfarabi Band

DISIPLIN ALFARABI BAND

Alhamdulillah, penghujung tahun baru, saya sempat singgah satu gig kumpulun muzik keras progresive metal Alfarabi band, ingat nak pergi seorang, akhirnya bawa family, sampai sana anak makan dulu, lepas tuh, datang keluarga fahmy sekeluarga, lagi semangat, dengan t-shirt jihad for music, hahaha. Kitorang makan dulu, dan naik je, gig dah start, dua tiga lagu dah terlepas.


alfarabi, band, disiplin teknikal metal



MUZIK METAL

Nasib baik studio tuh ada beberapa bilik yang boleh diduduki oleh mak mak yang bawa baby . Memang telingan tak boleh tahan kalau dengar muzik ketukan metal, dengan ramai orang didepan. Budak budak nih mula mula boleh layan, tapi macam biasa keluar masuk dan main ikut suka hati diorang. Sambil dengan beberapa lagu, sampai satu ketika, saya dijemput Nasaie, untuk memberi pendapat, kata-kata dan ucapan di depan.

SENI METAL

Apa yang saya boleh katakan, bermain muzik kalau tak kena dengan gayanya, boleh jadi meliar, jadi seperti acuan belah sana, sekadar goyang kepala hentak sana sini dengan lirik yang tiada arah. Tapi kalaulah anak anak kami suka muzik, suka bidang muzik, dan kalaulah mereka sukakan seni METAL, saya akan cakap, main seperti Alfarabi Band. Ianya bermula bukan sahaja dengan progresive metal yang perlukan kekuatan teori muzik, tapi lebih dari itu, bermain dengan disiplin, pakaian, adab, tanpa gaya gaya melampau, dan paling penting pengisian muzik itu yang membawa kepada suatu gerak balas perjuangan dalam Islam. Itu elemen paling penting kalau nak jadi pemuzik seperti Alfarabi band.


KHALIFAH

akhirnya , semua kita, tak kisahlah apapun, adalah Khalifah Allah, tugas kita memakmurkan bumi Allah, ye, aku baru dapat istilah nih, memakmurkan bumi Allah, dengan apa cara kita, sebab kita nih tersangat unik, sebaik-baik ciptaan, dengan apa cara, walaupun dengan bermain muzik METAL seperti Alfarabi Band. TAkbir !!!

Comments

Popular Posts