Blog Orang Selangor

28/12/2016

Lecak

NIKMAT HUJAN, LUMPUR, LECAK

Keseronokan sekolah nih bukan sekadar dalam kelas je, tapi lebih dari itu, kau tahu tak, sebenarnya bila kata bab sekolah, jangan cakap dalam kelas je. Tapi sekolah ni ada macam macam tempat, tempat paling cool bagi budak budak terlebih akal tentu sekali ialah padang sekolah.


lecak hujan suatu keseronokan

PETANG

Ingat lagi masa waktu sekolah, masa tuh, boleh kata setiap petang mesti datang sekolah , sebab masa tuh mesti ada aktiviti sukan, tapi bukan sangat pun, tapi diganti dengan main bola. Hahhaa, petang petang, budak budak sekolah main bola lah. Hahha, nak jadi cerita, semua darjah ada, layan main bola, boleh time hujan, hambik kau balik rumah time hujan. Masa tuh sekolah kat seksyen 6, rumah seksyen 8, balik jalan kaki, kalau rajin singgah pasar malam beli air, hahaha.


BOLASEPAK

Kalau kira masa selection bolasepak, lagi kau layan, hambik kau diving baik punya dengan lecak, memang nikmatlah, main bola, feel dia lain. Kau punya lecak tuh, kasut bola kau, balik tak basuh, itu dia bau busuk, esok punya training terus lagi main. Lepas tuh end up, aku tak terpilih, tuh je kecewa, ahahhaha. Nak buat macam mana, layan jelah. Janji aku dah wakil sepak takraw dan chess dulu, bola je tak dapat.

DEMAM

Kalau aku repeat jugak kes main lumpur nih, jawabnya, memang bukan budak sekarang, aku aku jugak baru kena hujan sikit dah menggigil. Hahhaaha, teruk sangat ke budak zaman sekarang nih ? Tak kuat sungguh ke ? Itu je cabarannya. Kesihatan mental budak budak nih, emosi diorang kita kena standby. Dari segi fizikal, memang kena jaga makan, diet extra sikit, kebersihan lagilah kena jaga. Nasib baik Ainul Fadzilah Mustafa bijak buat pilihan dulu, pilih yang ada #landmarkstudy.

SERONOK

Sebab nak kata nak halang cikgu mana boleh. Cikgu besar pun dah cakap, mak bapak takkan nak duduk sekolah je perhati anak. Hoi, cumanya, kitalah kena standby , sentiasa ada dengan mereka bila mereka gembira, ketawa, menangis, luka, duka, kena dengar emosi diorang nih. Balik sekolah cakap seronok main hujan. Esok bila bangun, demam pulak, taknak pergi sekolah. Standby jelah ye, tapi KESERONOKAN tuh memang TAK TERNILAI

No comments:

Post a Comment