Blog Orang Selangor

16/12/2016

Khalifah

KITA KHALIFAH DI MUKA BUMI

Buat tatapan Zulaikha, Maryam, ... dan semua anak anak. Kau tahu tak kenapa kita diciptakan ? Banyak sebab , tapi Allah straigjt forward je cakap, Allah nak jadikan kita Khalifah. Tapi dari mula lagi ramai tak percaya. Dan orang yang paling tak suka kita tuh ialah Azazil, iblis yang sombong. Sampailah zaman sekarang, kewujudan kita ni bukan semuanya suka. Itulah cabaran nya.


khalifah memakmurkan dunia banyak cabaran dan dugaan

BUATLAH KERANA MINAT

Tak minta pun korang jadi engineer macam bapak Farhan dalam 3 idiots tuh, ataupun jadi professor, jadi doctor. Tapi korang buatlah benda yang korang suka, minat, tapi ingatlah, walaupun jadi pelukis komik sekali pun, semuanya menjadi khalifah, pastikan karya kita mesti ada isi, dan bukannya buang masa tak tentu pasal. Nak jadi pengarah filem, buatlah filem yang membuka minda, dan ikutlah syariat agama kita dan batasan agama.


RIBA DAN HUTANG

Cumanya zaman korang ni lagi pancaroba, lagi banyak fitnah, lagi banyak masalah, lagi semua barang mahal itu ini. Jangan jadi malas, rajinlah berusaha, tinggalkan RIBA dan HUTANG, jadilah KAYA, bukan untuk korang, tapa kaya untuk agama kita .

KUTIPLAH ILMU

Kutiplah ilmu sebanyaknya, sebab zaman sekarang pun ajar tafsir quran sekarang boleh jadi kaya, walaupun rasulullah dulu tak kutip sesen pun masa nak ajar quran. Zaman intellectual properties, kepandaian korang, kesenian korang akan menyebabkan korang survive, bumi semakin tua, hasil bumi akan berkurang, tapi kepandaian takkan berkurang, itupun kalau korang ada emosi yang kuat untuk terus belajar belajar dan belajar.

ILMU PENTING

Ada harta banyak pun, ada page diet diet sihat ke, blog, rumah, kereta, kalau tak diuruskan dengan baik, dengan keilmuan yang tinggi, semuanya boleh musnah, macam pasukan bolasepak selangor yang kaya sejarah, tapi sekarang diambang kemusnahan kerana pengurusan yang teruk dan tak mahu berubah. Sejarah itu hanya peringatan, tapi yang lebih ialah SEKARANG, kalau kita tak bertindak, memang masa depan kita hanyut dipukul ombak.

QURAN DAN SUNNAH

Peganglah kuat kuat quran dan sunnah. Yang ni akan bantu korang HIDUP dan bernafas didunia,. Insyaallah, selagi kami masih hidup, kita akan belajar bersama sama, kerana pelajaran itu sampai ke liang lahad, takkan berhenti, tiada istilah persaraan dalam islam. Ingat nih babah tulis. Hhahhaaha

1 comment:

  1. New Diet Taps into Revolutionary Concept to Help Dieters LOSE 12-23 Pounds within Only 21 Days!

    ReplyDelete