Ingat Mati

STEVE JOB PUN INGAT MATI

“Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)

Kata kata mendiang Steve JOB yang paling cool ialah INGAT MATI. Ini kata kata beliau dalam satu acara. “Mengingat-ingat bahwa aku akan mati adalah alat yang paling penting yang pernah aku jumpai untuk membantuku membuat keputusan besar dalam hidup.” – Steve Jobs, 2005


steve job ingat mati untuk bantu buat keputusan

AMAL TERBAIK

Bila kau ingat MATI, bukan ingat , tapi sentiasa ingat, baru kau tahu, kau kena buat benda yang paling efisien, dalam hidup kau. Kau akan kerja dengan cara yang terbaik.

Jadi aku akan buat benda yang akan datangkan faedah kepada aku, bukan hari aku hidup, tapi di hari MATI nanti pun, amalan tuh sentiasa dikira. Salah satu nya ilmu yang bermanfaat. Sebab tu aku akan tulis dan terus menulis benda benda baik nih, kata-kata sakti yang berupaya menjadi ilmu kepada generasi akan datang. Nak tulis kat mana ? setakat ni aku mampu tulis BLOG yang hostingnya percuma, aku percaya semua orang mampu menulis kat blog nih.

Tapi benda paling gile dan takut sekarang ialah HUTANG, sebab kalau kau syahid sekali pun, kau akan disekat masuk syurga sebab HUTANG !!! Hahahaahahaha.

Comments

Popular Posts