Impak

JANGAN SEKADAR KEJAR KEGEMBIRAAN, TAPI BUATLAH SESUATU SEHINGGA MEMBERI IMPAK

Semua orang duk kejar kegembiraan. Ye, buat je, ala kadar, akhirnya , ok janji aku happy sudah. hoo, tuh sebenarnya hanya untuk orang biasa. Tapi bukan semua akan kejar kegembiraan, tapi lebih dari itu.

Ada orang yang lebih kejar populariti. Biasalah artis yang nak lakukan album, ada yang kejar prestij, apa pun terjadi mesti ada prestij. Ada pulak yang kejar duit. TAk popular, takpa, baju biasa takpa, janji dapat DUIT. Ada yang suka kepada kejar kepada kejayaan. Kecemerlangan. Memang sedikit orang nih. Kalau dapat markah 99/100 pun dia dah kecewa. Orang ni tak kisah sesiapa pun, dia kisah diri dia sendiri je.


berikan yang terbaik sampai impak kepada masyarakat


KEJAR IMPAK

TApi ada benda yang lebih tinggi dari semua diatas. Ada orang kejar kepada IMPAK. Hahhaha, bila kata impak nih, bukan dia sorang je, tapi dia fikir lebih dari itu. Kalau aku buat sekian sekian, apa yang akan jadi pada generasi aku sekian sekian. Hhahaa, inilah ramai yang tak nak buat.

Dalam satu perumpamaan, Quran itu dianalogi sebagai hujan. Hujan mengalir dari satu sumber, mengalir kebawah, membasahi bumi, menyamankan, sejuk, melembutkan tanah, hingga tumbuh berbagai tumbuh -tumbuhan, dari pelbagai spesis flora dan fauna.

Begitula quran, ianya SATU, diturunkan dari langit ke bumi, memberikan penawar, ketenangan dan panduan, kepada semua umat dimuka bumi ini, yang sememangnya pelbagai bangsa, agama, dan kepandaian.

BUAT YANG TERBAIK

Jadi apapun kebolehan kita, gunakan skill tuh untuk memberikan IMPAK kepada muka bumi nih. Kalau jadi doktor, jadilah doktor yang hebat, jadi pensyarah, jadilah pensyarah yang hebat, kalau jadi blogger sekalipun, tulislah sehingga memberikan IMPAK dan juga INSPIRASI kepada orang lain.

TApi nak menimbulkan impak nih memang suatu cabaran. Buat sekarang, lepas tuh tak dapat apa pun. Tulis blog , takda orang baca pun, rasa tak berkesan pun. Buat status takda orang like pun. Ye, itulah cabaran, IMPAK ni kena sabar, dia bukan sekali buat terus meletup, ianya perlukan dedikasi tinggi, sentiasa buat buat dan buat. Kadang kadang, kita tak sempat tengok hasil IMPAK tersebut, tapi mungkin anak cucu kita nanti yang akan merasa kesannya.

Samalah juga nabi ibrahim a.s. yang membuka kota mekah, mungkin usaha dia tuh dia dah buat itu dah ini.Impak tuh kota mekah sekarang sangat sangat berbeza, semuanya dimulakan oleh seorang nabi. Kalau fikir betul betul, kalau rasa pekerjaan kita nih boleh memberi kesan, IMPAK kepada masyarakat, buatlah betul betul dan bersungguh sungguh.


Comments

Popular Posts