Follow-UP

JANGAN BERHENTI BERHARAP

Hari ni duk tengok mesti geng geng bisnes sibuk cerita pasal follow up, hahaha, apa tuh follow up ? Kalau masuk istilah nih, ambo pun tak berapa pandai sangat. Tapi kira macam lepas dah berkomunikasi dengan prospek, jangan berhenti begitu sahaja, tapi terus bersembang sembang sembang sembang sampai dia keluar duit produk kau. Hhahaah, hebat tuh.


kena follow-up sentiasa

TEKNIK

Zaman sekarang nih, nak cerita teknik followup ni macam-macam ada. Hahhaa, ada guna sms, guna telefon, ada yang datang rumah ke rumah, ada yang guna fb, email, dan macam-macam teknik lagi. Dengan harapan , prospek tuh buat sesuatu, atleast pun jadi ahli, hahaha. Itu memang terbaik.

JADI SEJARAH

Sebabnya, teringat suatu kisah ayahda Roslan Ghazali, hahaha baik punya follow up, super duper upline, banyak kali datang rumah, sampai akhirnya super duper upline pun join jadi ahli. Tapi, itulah, nak dijadikan cerita lepas tuh, memang history, muka muka kitorang ni muncul, suatu generasi Y guna internet , berjuta juta lemon. Hebat tak kuasa Follow UP tuh ? Itupun katanya jumpa prospek masa nak bayar bil. Hahaha, nampaknya, mulut kena berani, jangan kunci je.

CUSTOMER

Followup customer pulak jangan lupa beri beri dan beri, sebabnya, mereka bukanlah tak mahu beli lagi, tapi paling penting, kita sentiasa bagi info, perkembangan terkini, dan macam-macam lagi. jangan pernah bosan, sebab ni pun satu sedekah kita, kongsi dengan mereka kebaikan produk A,B,C,D. Lepas tuh cerita lagi gejala gejala penyakit yang menular sekarang. Lepas tuh macam macam lagilah korang boleh share.

USAHA

Apapun, yang terbaik ialah jangan berhenti, itu je, sebab kalau rasa benda ni benda baik, kita jangan takut penolakan. Penolakan itu biasa, sampai bila-bila kalau Allah kata bukan rezeki kita, memang bukan. Jadi yang paling penting, kau kena berusaha sampai keluar air mata darah, dan pegang prinsip business kau. Hahhaha.

Comments

Popular Posts