Business Online

ONLINE BUSINESS PERCUMA 

Masa saya  bosan melayan tv di rumah bapak saya, saya tengok lah satu rancangan tuh dia temuramah Prof Muhaya kat tv, hoo, lepas tuh aku terderngar, prof muhaya kata, bukan tak boleh main fb , paling penting kita manfaatkan media sosial, online tools ni dengan sebaiknya. Niat kita semuanya mencari keredhaan Allah. 



Introduction atas nih mukadimah untuk tajuk harini. Perluke buat online business nih ? Aku rasa kalau tulis, banyak gile sebabnya. Tapi online business ni memang dasyat, sampai LHDN, KDNKK, dan macam macam agensi kejar pemilik online business nih, lagi lagi pulak macam macam kes penipuan, nak beli iphone, tapi dapat batu lesung, hahahha. Macam macam online nih, sampai sekarang ni ustaz  ustaz ni pun guna fb nak promote kelas baca quran, kelas tafsir dan macam macam kelas kekeluargaan .

Maknanya, apa kat sini ? Online business nih dah jadi trend, kalau kita tak ambil peluang, sangat rugi. Hhahaa, Jadi kenapa penting nya  online business nih ? Banyak sangat weih , rujukla pakar pakar yang berjaya nih, diorang tentu ada sebab, lepas tuh ko boleh tengok muka diorang ber FB live, dan macam macam webinar, seminar, temberangminar, dan macam macam lagi minar yang korang boleh join.

Tapi paling banyak banyak benda yang aku suka pasal online business ialah dia ni PERCUMA. Ye, terlampau banyak platform percuma nih. ada orang guna youtube  je, dah boleh generate followers dan sales, dari youtube dah jadi artis dan selebriti. Dari blog percuma tuh ko boleh jual macam-macam, sampai jadi artis, ok yang ni muka kena cun sikitlah. Hahhaha.

Kau bayangkan, kalau ada tribe followers downline, dan seumpamanya yang guna dan duplicate semua yang percuma nih, memang mudah nak untung. Senang gila nak viral, nak jual barang, hanya dengan butang share share share. Hahaha. Gila dasyat. 

Jadi sebab benda ni PERCUMA, jadi aku ingat kata kata prof muhaya tadi, manfaatkan sebaiknya. Pilihlah online business yang bagus. Kau nak jadi blogger promote entry separa lucah pun boleh, tapi apa faedahnya ? takkan nak duit semata mata buat benda macam tuh. Cubalah share benda yang bermanfaat , sebab kalau viral, pahala berganda ganda,  belum lagi untung penjualan semua. So pilih online business yang terbaik, buat apa yang korang suka, ikut syariah, ikut prinsip korang, stay strong. Enjoy, zaman percuma nih, manfaatkan. 

Nak mula, mula sekarang, ada fan page fb, ada youtube, gain followers, buat perlahan lahan, follow orang orang yang korang rasa sangat memberi inspirasi kepada korang. So sentiasa promote dan update, nanti page nih  akan membiak membesar, masa nih lagi senang nak promote barang.  Nak kumpul followers, likers, ni semuanya ambil masa, bukan sehari dua je. Hahhaa, kalau nak cepat, tuh semua kena bayar, hahhaha.

#TsunamiShaklee
#LandmarkStudy
#LiveAmazing
#ShakleeEffect
#SahabatGua18

Comments

Popular Posts