Blog Orang Selangor

14/12/2016

Belanja

BELANJA SENYAP SENYAP

Masa tuh dalam kereta saya pernah dengar DMFK pernah cakap, kalau dia pergi makan, orang selalu belanja dia makan, tanpa dia sedar. Minhkin orang tuh kenal dia, biasalah personaliti. Tapi DMFK kata, dia selalu praktikan belanja orang makan yang kita tak kenal, buat senyap senyap. Hahaha. Betul ke nih ?

belanja orang makan senyap-senyap

CUBA BUAT

Aku rasa ada betulnya tips nih. Why not cuba ? Hahahha apapun payah nak cari tempat best. Tapi adalah satu masa tuh, aku sarapan kat area pantai dalam, kat situ adalah gerai gerai sarapan pagi. Kerja aku nak menyentap nasi lemak. Akhirnya jumpalah port baik nak makan. Time tuh lepas makan, aku cakap kat makcik tuh, aku bayarkan kat meja hujung sana.hahaha. Semua sekali rm 4.50 rasanya. Oklah , lepas belanja pakcik tuh , aku belah masuk kereta diam diam. Tiba tiba wife whatsapp kata hari ini ada orang nak beli shaklee, rm 400 lebih. Alhamdulillah.

REZEKI ALLAH BAGI

Rezeki ini Allah bagi, dia yang banyakkan, dia yang kurangkan. Kalau baca ayat seribu dinar, jika kita betul betul ikut perintah Allah, Allah akan bagi rezeki pada jalan yang tak disangka sangka. Selamat beramal semua. Selamat pagi. Salam subuh

No comments:

Post a Comment