Bebas Hutang

APA PERASAAN BEBAS HUTANG ?

Apa perasaan korang bila bebas hutang ? Zaman aku belajar dulu, aku ingat lagi, zaman tuh aku ada jugak hutang ptptn. Alhamdulillah masa buat master, dapat duit sikit aku setelkan cepat hutang ptptn tuh. Tak banyak, cuma 8400je. Nak cakap masa tuh aku bayar 1000 sebulan, hahaha. Gile zaman banyak duit tuh, aku duduk kolej je, takde transport , balik kolej biasa dah jalan kaki selama sejam, hahha feel zaman tuh.


bebas hutang lebih kaya

PENYAKIT HUTANG

Tapi bila zaman berzaman, mulalah datang penyakit hutang. Start beli rumaj,beli kereta,personal loan, kad kredit , semuanya nak berhutang. Penyakit nih memang tak boleh nak dirawat, lavi tangguh lagi sakit. Memang jiwa sakit, hhahha. Dah rasa susahkan orang lain pulak, hadoi.

MATI SYAHID

Tapi kai tahukan, hutang nih, lepas mati syahid pun, still dosa hutang tuh tak boleh dihapuskan. Wow, hjahaha, betapa hutang tuh berat gile kaw aw. Mana taknya, pak ustaz cakap, ayat paling panjang dalam quran ialah surah albaqarah ayat pasal hutang. Aku rasa, memang panjang gile. Sebab tuh kalau kau tak boleh nak ikut prosedur hutang tuh, baik kau tak yah hutang, tuh lagi senang. Hahaha, adui ni memang kena kat diri sendiri.


BEBAS HUTANG

Aku tak minta benda nak jadi itu ini pun, for now, aku minta untuk bebas HUTANG je, sebab aku tahu, aku tengok sendiri diri aku ,sekeliling, keluarga, memang banyak masalah, sebab hutang nih. Tahun depan, aku dah tekad , sebelum aku nak buat benda lain, nak invest emas ke, mutual find ke, nenek fund, dan segala mak nenek pelaburan komoditi, aku mesti setelkan HUTANG aku dulu.


STRATEGI

Alhamdulillah, strategi bebas hutang tuh dah ada, dan sekarang kami perlu sabar , sabar dan sabar. Bayangannya tahun depan, hati tenang bebas hutang, bermain pasir ditepi pantai, dengan anak anak. Permudahkanlah segala urusan. Masa untuk hijrah , tinggalkan yang lepas, lebih minimalis, hooo yeah.

Comments

Popular Posts