Pendekar Bujang Lapok

PENDEKAR BUJANG LAPOK - DEMONSTRASI TAKKAN BERJAYA MELAWAN KEZALIMAN , TETAPI ILMU BOLEH

Filem P Ramlee yang memaparkan 3 bujang lapok yang nak belajar ilmu silat nih, berjaya menaikkan nama P Ramlee, selepas filem nih dinobatkan sebagai filem komedi terbaik pada pesta filem asia ke 6 pada tahun 1959.

Pernah ke korang terfikir kenapa movie ni diangkat sebagai filem terbaik ? adakah sebab lawak dia kelakar semata-mata ? Jawapan dia bukan sekadar komedi yang dipertontonkan, tapi mesej mendalam yang P Ramlee letakkan, sehingga sampai sekarang kita terfikir fikir maksud mendalam dialong "Alif Mim Noon Wau "


pendekar bujang lapok

DEMONSTRASI BUKAN JALAN PENYELESAIAN

Macam p ramlee tahu nanti malaysia akan ada demonstrasi ? Itu mungkin perasaan dan pengalaman dia melalui zaman tanah melayu nak merdeka. Tapi p ramlee dah tunjukkan, demonstrasi bukan cara terbaik melawan kezaliman. Babak pertama filem ni menunjukkan macam mereka cuba mengajak penduduk orang miskin di jeti penampang melawan samseng samseng Ahmad Nisfu. Tapi akhirnya mereka hanya lawan bertumbuk sahaja, tak dapat dikalahkan, walaupun Ramli, Sudin dan Ajis berjaya naik sampan. Sebabnya, ketua samseng Sharip Dol dan kawan-kawan tentu nak balas dendam pada wak mustar. Ini babak penting kepada melawan kezaliman, bukan cara protes yang ditunjukkan bujang lapok, kerana esoknya semuanya masih sama.


PERGI BERGURU MENCARI ILMU

Nampak je macam nak belajar silat, sahaja je nak bagi kelakar ada scene kejar cikgu ros, alif tendang wau, tapi paling penting ialah pergi mencari guru yang betul betul arif. Adab menghormati guru ditunjukkan p ramlee melalu sesi berbual mesra. Sambil tuh pun, p ramlee sempat lagi mengkritik bangsa melayu , bila dia kata kerja "menunggu ayam jantan bertelur" itulah hakikat bangsa melayu yang hanya tunggu dan lihat.

MINTA MAAF ITU BERTAUBAT

Kalau perasan ada satu scene mereka cuba nak minta maaf kat Ros sebab dah sebabkan salah faham. Akhirnya bujang lapok memilih untuk menyanyi lagu maafkan kami. Lagu tuh memang menarik sedap, sampai ros pun sudi maafkan mereka. Tapi P Ramlee sebenarnya nak tunjuk, lagu maafkan kami itu ibarat TAUBAT atau penyucian jiwa yang perlu dilakukan jika kita nak berguru dan menuntut ilmu. Hhaha, jadi kena sucikan jiwa kalau nak belajar apa apa ilmu yang baik. Bila ros suruh jumpa pukul 1 tuh, bukan semata mata jumpa. Dalam hal yang lebih [penting, jumpa ros pukul 1 tuh maksudnya bangun solat tahajud jumpa TUHAN. Itulah P Ramlee nak ajar, nak jumpa kekasih, mesti bangun malam, dapatkan petunjuk dan hidayah.

BERKHIDMAT UNTUK GURU

Nak tunjuk lagi, adab lagi bila belajar berguru tentu sekali ialah berkhidmat untuk guru, kena buat kerja. Maknanya, kat sini, ilmu bukanlah suatu yang percuma. Cumanya bujang lapok nih bukanlah berduit, jadi mereka menolong wak mustar untuk bersihkan rumah. Samalah kita, belajar mengaji, kita bahagi duit pada tok ustaz seikhlas hati kita kerana mendapat ilmu tersebut .

BELAJAR HURUF DAN MEMBACA

P ramlee, masalah melayu, sampailah sekarang ialah belajar MEMBACA. Zaman dulu ye, banyak yang buta huruf, nak belajar silat pun, mesti belajar membaca dulu. Apapun ilmu, sistem pendidikan , mesti belajar membaca. Membaca ini p ramlee dah tunjukkan ianya sangat basic, sebelum nak melangkah ke peringkat yang lain. Ianya membenarkan kepada ayat pertama quran yang diterima muhamad "Iqra " "Bacalah"

MENGHADAPI UJIAN

Apapun selepas belajar, mesti lalui ujian, ye setiap ilmu yang kita belajar mesti ada ujian supaya kita benar benar faham ilmu tersebut. Ilmu itu sangat penting, ujian tuh test yang menguatkan kefahaman dan keberanian kita. CUmanya p ramlee nak berlawak, dia buat hantu jepun menjelma di tempat orang mati. Hhaha, itupun, kalau dikaji, ada pembayang dan mesej yang p ramlee nak sampaikan kepada kita.


LAWAN KEZALIMAN SEBENAR

Akhirnya ilmu yang diperoleh digunakan untuk melawan kezaliman sebenar. Babak terakhir ialah menyelamatkan ros. Masa ini p ramlee nak tunjuk, selepas dah kuasai ilmu, barulah boleh lawan kezaliman ini.Lawan dengan ilmu dan kebijaksanaan. Bukan main redah je. Kali ini sudin dan ajis menggunakan kebijaksanaan mereka mengalahkan samseng dengan mudah sekali. Biasalah, nak ada unsur lawak, saja je p ramlee buat samseng tuh bodoh cepat kalah. P ramlee kata, nak lawan kezaliman, mesti ada teman, samalah jugak Nabi Musa yang membawa Nabi Harun menemankan beliau melawan kezaliman Firaun yang sombong.

ILMU BOLEH MELAWAN KEZALIMAN

Filem ini memang membawa makna yang hebat kepada bangsa melayu. Bila satu babak pak ahmad sebut huruf "M", itu memang sengajar ditujukan kepada bangsa MELAYU yang masa tuh masih mundur, M mungkin juga membawa kepada MALAS dan macam macam lagi. Suatu filem yang P Ramlee tujukan khas untuk bangsanya, supaya menuntut ilmu dan melawan kezaliman dengan cara yang betul dan beradab, dan bukannya dengan demonstrasi yang membuta tuli dan tidak mengikut norma ketimuran.

Comments

Popular Posts