Blog Orang Selangor

27/11/2016

Mumsluv

Tahun 2012 masa tuh kitorang follow team pergi china, cari baju, pergi belajar borong barang kat guangzhou, lama jugak kat china, kesian arreessa kena tinggal, lepas tuh kitorang tengok macam mana orang berniaga kat china, balik tuh terus semangat nak buat business.



Ada kain terus design carilah tukang jahit area bukit subang , lepas tuh designer teruk banyak silap, aku duduk luar, memang kaw kaw tukang jahit tuh kena marah, aku duduk luar tunggu sampai habis.

Ada satu masa pergi gudang pinjam kereta alza, lepas tuh malam malam pergi amek baju yang dah siap, nampak macam dah ok.

Lepas tuh rumah jadi studio, sapa tah amek gambar, semua orang jadi model, hahaha, masa tuh takda model lagi,

Ada satu masa siap design logo, selepas tuh nasib baik ada pendesign logo yang sempoi lagi ekslusif. hahaha.

Lepas tuh lepas tuh lepas tuh, semuanya jadi sejarah, sampailah semalam mumsluv buka butik fizikal pertama di bangi gateway. hahahhaa.

No comments:

Post a Comment