Blog Orang Selangor

13/11/2016

Kaedah Mokhdar

HAFAL NOMBOR GUNA KAEDAH MOKHDAR

Dulu teknik ni dah lama ada, ingat masa tuan mokhtar datang memperkenalkan kaedah mokhdar nih, kitorang satu sekolah rendah kagum nak dia boleh buat calculatiom cepat, hahaha, cmana tuh ?  Memang gila pantas, lepas tuh pulak teknik hafal nombor, hahaha. 



Itu kenangan tuh, nak ditakdirkan, masa tuh, penceramah buat test, rasanya dia tulis kat papan putij, rasanya ada banyak jugaklah nombor, hahaha, 3 baris tuh nak kena ingat. Ada sorang budak pergi try kena hafal nombor tuh, hahaha, budak tuh tak sampai baris pertama. Lepas tuh abg joe berani mencuba, hahaha kaw kaw boleh pulak terbaca nombor tuh sampai habis, kira haah semua nombor tuj. Siap dapat hadiah , duit 8 ringgit, balik singgah kedai Ali beli komik dendam kesumat, hahahha. 

Persoalan dia, macam mana nak hafal nombor banyak gila dalam masa yang singkat. Pening jugak lidan berbelit nak hafal satu satu. Jawapan dia guna kaedah mokhdarlah, hahaha, satu kaedah shortcut , sebutan pendek dari nombor yang asal.

Dalam kajian tuan mokhtar sendiri, dia dapati pelajar melayu lemah matematik bukan sebab tak pandak, tapi ada halangan dari segi bahasa. ye, kita gagal mencongak kerana sebutan nombor dalam bahasa melayu sangat panjang. Contoh bahasa melayu compare dengan bahasa inggeris.

Satu - one
Dua - two
Tiga- three
Empat - four
Lima - five
Enam - six
Tujuh - seven ( kantoi)
Lapan - eight
Sembilan - Nine

Kalau tengok bahasa inggeris, satu suku kata je, tuh pun kantoi tang seven . Bahasa melayu, lagilah, nak sebut sembilan sampak tiga suku kata. Bahasa china yang mudaj, semua satu suku kata je. Hhahha, bila kena sebut dua suku kata,  masalah congakan akanjadi perlahan, sebab tulah pelajar kita sukar bab nombor nih. Jadi kaedah mokhdar ni buat pelajar kita jadi mudah nak ingat nombor bila dia pendekkan semua sebutan nombor tuh jadi satu suku kata je. Yang ni paling ringkas lah, basic yang aku ingatlah skt skt

Satu - TU
Dua - WA
Tiga - GA
Empat - PAT
Lima - MA
Enam - NAM
Tujuh - JUH
Lapan - PAN
Sembilan - LAN

Hahaha dengan memendekkan bahasa nih, rasanya korang boleh cuba hafal nombor di bawah ni sebagai latihan, test dengan partner korang, boleh tak hafal semua nombor dalam kotak top scorer tuh dengan guna kaedah mokhdar, hahhaa. Tak caya, boleh cuba, lebih senang dari guna sebutan biasa.heheh

No comments:

Post a Comment