Blog Orang Selangor

12/11/2016

Interpretasi Tersirat

INTERPRETASI TERSIRAT

Alhamdulillah, harini banyak betul membaca kisah kisah menarik dari #sahabatgua18 dan jugak geng geng gua lain, semuanya bercerita tentang seorang insan yang hebat , yang lahir pada bulan ni jugak.



Nak jadi cerita sebenarnya cerita dia ni banyak sangat di internet, dalam bahasa orang putih, bahasa melayu, bahasa mexico, bahasa jepun dan macam macam bahasa lagi. Kisah dia takkan berubah, sebab itu dipanggil sejarah.

Tapi bila fikir kembali, benda yang tersirat itu yang akan mengubah, mengubah interpretasi kita setelah membaca banyak kali tentang seseorang. Bila dikaji, dan difahami, barulah kita belajar apa yang telah berlaku, sebagai ingatan untuk kita juga di masa akan datang.

Subjek sejarah di sekolah, kalau hanya menghafal fakta, bertanya bila tarikh itu ini dan ini mungkin dah ketinggalan zaman.Bila dah kerja, dah habis exam, kita tak perlu pun ingat, cuma buka buku dan buka pakcik google, dan tengok semua tarikh tarikh.

Sekali lagi yang penting bukan sekadar fakta, tapi melihat kenapa dan kenapa, sebelum kita bertanya bagaimana. Apapun cerita elly mazlin jugak yang best dalam group kitorang nih, sama bestday dengan big boss gua. Hahaha

No comments:

Post a Comment