Muhammad : JUJUR Dan BIJAK

SEBELUM KERASULAN MUHAMMAD, DIA SEORANG YANG JUJUR DAN BIJAK

Alhamdulillah, baru je melepas satu tahun baru maal hijrah, ye memang tahun baru ni banyaklah azam baru aku nih, satu daripadanya nak setelkan hutang ni, ramai peminat dah call aku, aku pun kalau jawab pun sama je, memang tak boleh harap sungguh aku. Oh, macam mana nak hijrah nih, ok ni ayat intro. Ni semua orang tengah sibuk pasal gelaran palsu dan penipuan nih, adui, pening kepala , sebab aku pun pandai jugak menipu.


sebelum kerasulan muhammad

AL-AMIN : JUJUR MALAH BIJAK

Tapi ada satu masa bila dengar tazkirah jumaat, orang kata, peringkat rasulullah terima wahyu pertama sampai dia meninggal tuh adalah waktu penting, kat situ bermulanya sunnah rasulullah. Tapi, satu pendapat best, kalau korang search video Nouman Ali Khan, yang banyak-banyak tuh ada satu video dia cerita sebelum kerasulan Muhammad, dia seorang yang assadiq dan al-amin

Muhammad seorang yang jujur, dalam berurus niaga. Dan memang dia seorang yang dipercayai, sampai dapat gelaran Al-Amin. Tapi dalam kejujuran tuh, ada lagi satu sifat pekerti beliau, lemah lembut dan bijak berbicara. Hoo, hebat tuh jujur dan bijak. Ye sebab dia jujur, tapi pandai cakap dan bijaksana, dia untung besar berniaga, lepas tuh partner pulak dengan Khadijah, lepas tuh kahwin, memang power business mereka. Semuanya kerana sifat jujur dan bijak nih. Kebijaksanaan dia lagi terbukti bila dia selesaikan masalah kabilah arab yang bergaduh nak letakkan balik batu hajar aswad di tempatnya.

DAKWAH 

Dua sifat nih, JUJUR dan BIJAK ni, saje saje ke Allah bagi kat Muhammad nih ? Hmm, cuba fikir sikit. Kalaulah dakwah ni jujur, terus direct je cakap. Weih, ko tak boleh buat macam nih, masuk neraka, perempuan kena pakai tudung, nanti ko akan kena hukum sebat. Hhahaha, kalau garang macam ni , memang tak jadilah dakwah tuh, jujur sangat sampai cakap pun ikut emosi. Tapi kalau bijak sangat pulak sampai tak jujur, jawabnya menipu pulak, tuh lagi tak boleh pakai. So nak tak nak, mesti JUJUR dan BIJAK. Barulah dakwah tuh sampai, mesej tuh sampai. Ingat tuh, khas untuk diri sendiri yang tak berapa nak jujur dan bijak nih.

Comments

Popular Posts