Macam Mana Nak Selesaikan Masalah Sampah ?

APA SEBAB SAYA KENA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH ?

Semalam saya adalah salah seorang peserta kelas asas blog anjuran idola page facebook kek Lin Chalo, kelas tuh bestnya diajar oleh tuan Hadihaizil Din, blogger tua yang dah lama blogging. Aku lupa nak tanya, macam mana nak jadi sampai tahap public figure dengan menulis blog ? Sebab apa ye hahhaa.


cara terbaik atasi masalah sampah dalam malaysia



BANYAK FIKIR

Sebab aku ada satu sifat, iaitu memikir masalah duniawi sampai tak ingat, ye, lagi lagi masalah Roslan Bandraya, aku memang suka fikir solusi, lagi lagi bab bab yang sangat kompleks. Lagi kompleks masalah tuh, lagi power fikir, sampai blog tak update. Oh ye, salah satu masalah dia ialah masalah sampah, sejak tahun lepas aku suka tengok kajian berkaitan sampah, teknologi sampah, masyarakat sampah, bakul sampah dan sebagainya.

SAMPAH KLCC

Bayangkanlah kalau statistik ini benar, dia kata sekarang ni sampah kat malaysia boleh buat satu menara KLCC. Hoo yeke ? Hahhaha. TApi jadi sedih, ada beberapa tempat, memang teruk masalah sampah nih, kat shah alam, kat mana sajalah.

ZERO WASTE

Boleh tak aku nak belajar ilmu blogging yang power, supaya aku ada power, lepas dapat power tuh aku boleh setelkan masalah nih. Ke aku ada duit lepas tuh boleh beli lori, beli teknologi setelkan masalah macam nih ? Rasa rasa jadi blogger boleh tak kita cetuskan pemikiran ZERO WASTE kepada masyarakat ?

TANAM POKOK

Misi tuh nampak macam sukar, tapi tahlah, bila faham konsep business "Harmony With Nature ", sedikit sebanyak company yang ada #landmarkstudyterbaik pun jaga alam sekitar jugak. Panggil nobel prize untuk kempen tanam pokok. LEpas tuh botol semua yang memang selamat, boleh recycle. Bangunan ofis yang zero carbon emission. Pergh, best weih, feel ketenangan nih.

MOTIVASI

Boleh ke aku kata aku kena usaha business aku ni betul betul supaya aku dapat tolong mereka ? tolong selesaikan masalah macam nih ? Boleh jadi motivasi tak ? Kawan kawan facebook yang suka bab ni korang boleh follow Alvin Mahathir Yunus, dan ramai lagi. hmmm, memang kerja gile, tapi gile gile tuh yang menyeronokkan.

Comments

Popular Posts