Kedah Juara Piala Malaysia 2016

TAHUN CEMERLANG BOLASEPAK KEDAH

Pencapaian kedah tahun ni taklehlah nak dibandingkan dengan zaman Double Treble dulu, tapi tahun ni Kedah adalah pesaing yang hebat, dan layak menang Piala Malaysia, satu satunya piala yang ada setelah JDT dah kebas 3 piala lain.


juara piala malaysia 2016

REKOD KEDAH 2016

Untuk rekod cemerlang kedah, mereka bergelut diawal musim, tapi perlahan-lahan mereka naik dan berjaya memintas Selangor dalam liga super, tempat ketiga liga super,tapi sayang tidak layak ke AFC cup. Kalaulah ranking kita naik, memang ada rezeki pasukan boleh ke peringkat Asia atas tiket Piala Malaysia, semua ni boleh baca penerangan semuanya bola tentanf format pertandingan Piala Malaysia

Nak lagi power, Kedah satu satunya pasukan yang berjaya mengalahkan JDT 2-1 di darul aman, semasa first leg semi final piala FA tahun nih. Tapi sayang JDT lebih mengganas di Larkin, tapi berjaya mengalahkan JDT pertama kali dalam musim 2016. 

SKUAD MUDA

Apapun, tengok pada skuad kedah semalam, memang ternyata semuanya skuad muda yang meningkat naik, termasuk gol keeper kedah yang memang kurang pengalaman berbanding khairul azahan di Selangor.

Apapun tahniah Kedah menang Piala Malaysia tahun nih. Tan Cheng Hoe sememangnya jurulatih terbaik dalam negara setakat nih. 

Comments

Popular Posts