Azmin, Nasi Lemak Anak Dara DAN Kemaluan

Tajuk refleksi kepada apa yang telah berlaku harituh, dari perilaku azmin dan masalah rakyat selangor, cerita hangat nasi lemak anak dara dan kisah silamnya, dan jugak beberapa tragedi kemaluan bahasa yang sangat berbunyi bunyi . 2 episod ini penting bila kita nak kenali Azmin.


azmin sibuk jumpa anak dara dari jumpa masyarakat selangor yang lain

EPISOD 1 

Pada suatu pagi yang suci murni, macam biasa siti hajar ahmad dengan gelaran anak dara jual nasi lemak anak dara membuka gerainya betul betul dekat tempat kuasa TNB. Kat situ ,sebenarnya ada banyak gila kaunter nasi lemak, yang dara, teruna, janda, duda, bini orang, semua jual sepanjang jalan tuh. Tapi sebab kena serbu, cepat je viral. Oh ye, memang viral pun, setiap kelakuan anak dara tuh, mesti dapat tempat di media sosial. Jadi sehari lepas kena serbu, Azmin datang bawak apa , nak tolong anak dara,keluar paper, lepas tuh boleh berniaga macam biasa, sebab Azmin turun padang bagi lesen, anak dara untung gile siap masuk radio Erra dan rezekinya bertambah, Alhamdulilah.

EPISOD 2

Cerita dari group whatsapp, semuanya menjadi terhibur dengan sekumpulan mereka yang ingin berjumpa dengan Azmin, nampaknya kumpulan itu marah sampai rasa malu dengan azmin, mereka berasa kemaluan kerana sikap Azmin yang tidak turun padang ini. Mereka ini tidaklah secantik Nasi Lemak Anak Dara yang berpunya ituh, tetapi mereka juga membawa satu perjuangan untuk anak. Tapi biasalah, kadang-kadang bahasa itu menjadi gurau senda, apa nak buat.

AZMIN OH AZMIN

Memang juga ramai yang marah, masalah sampah, masalah PPR, sampai Noh pun salahkan Azmin, kesian Azmin. Takpalah , jangan pilih anak dara je, turunlah sekali tengok kawasan yang teruk tuh. Setelkan cepat masalah air. Gerai seksyen 7 tuh pun pili dah hilang, toilet takda air, kotor, dan macam-macam lagilah. Hahhaa. Kalau Azmin boleh turun tengok Nasi Lemak Anak Dara, tentu sekali Azmin boleh tengok masalah anak dara, teruna, janda, duda, bujang tua kat Selangor nih juga. Hahaha.

Comments

  1. Ish ish, pernah berkawan rapat ka ni ? Kalau orang lain mesti boh YB atau ganti nama Azman.. berani sungguh tulisan En Faiz. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, jumpa sekali kat surau seksyen 9 je, hahaha

      Delete
  2. hahaha~ takut nak komen secara telus..

    ReplyDelete
  3. nie hakikatnya mr joe labu

    egree with u opinion

    ReplyDelete
    Replies
    1. hejehe now relatekan dengan businesa kita pulak, hahaha

      Delete

Post a Comment

Popular Posts