Volkswagen Kuning : Realiti atau Imaginasi ?

Pratonton filem Volkswagen Kuning semalam adalah satu lagi penanda aras buat filem Malaysia, terutamanya MIG sendiri. Seperti  biasa David Teo dengan baju kuning, pantun berkerat-kerat dan bahasa pelat melayu, begitu berbangga dengan filem ini. Filem ke 115 MIG  ini memperjudikan nasib Shadan Hashim sebagai pengarah filem ini. Semalam aku menonton filem tersebut, dan ternyata ada beberapa pemikiran gila yang masuk dalam kepala otak aku lepas menonton filem itu sendiri.


filem volkswagen kuning


Interpretasi Kisah Volkswagen Kuning Ke Layar Perak ?

Korang pernah google tak kisah volkswagen kuning nih ? Cerita ni memang sangat  popular, sejak sekian lama lagi. Boleh dikatakan banyak kemalangan berlaku adalah disebabkan volkswagen kuning ini. Cerita ni dah lama jadi bualan, dalam blog pun pada tahun 2010, dan dikatakan volkswagen ni berada di lebuh raya. Idea asal cerita ini adalah Raja Azmi , mak mertua Shadan Hashim ,yang mengtalikan Shadan Hashim dan David Teo untuk menerbitkan sebuah filem berdasarkan kisah seram berantai ini. Akhirnya, satu karya mantap Shadan Hashim akan berada di pawagan esok 22  September 2016. Jangan lupa juga, sebelum ini, ada juga penerbitan drama yang menggunakan cerita yang sama dalam satu terbitan drama sebelum ini. 


pelakon lelaki terbaik ffm28

Kredibiliti Pekin Sebagai Pelakon Lelaki Terbaik FFM28 Tergugat ?

Pekin yang baru sahaja diumumkan sebagai pelakon lelaki terbaik diletakkan sebagai watak utama filem kereta kuning nih. Aku mungkin sekali melihat Pekin berlakon dengan gaya seorang lelaki macho. Filem ini memang akan membawa korang lupa watak Slash dalam filem Rock Oo, sebab kali ini dia akan jadi Fuad, seorang lelaki yang bertanggung jawab, dan hero macho.


kontroversi atikah suhaime

Kontroversi Atikah Suhaime Menghangatkan Suasana ?

Tak  kurang jugak, jika korang suka melihat Atikah dalam keadaan sungguh kontroversi, mungkin korang silap. Atikah datang kali ini membawa dan menghiasi filem Volkswagen kuning ni dengan satu lakonan yang mantap. Watak Sarah dalam filem ini memang satu peningkatan dan penanda aras Atikah Suhaime dalam dunia seni, walaupun dipalit kontroversi yang sangat memalukan dan menguji tahap keimanan kita, hahaha.


filem shadan hashim

Mesej Rahsia Shadan Hashim ?

Sebelum bermula filem ini, Shadan Hashim berani berkata biarlah filem ini, berbicara sendiri dengan kualiti, skrip dan teknik penceritaan yang hendak ditonjolkan dalam filem genre seram. Shadan Hashim cuba membawa banyak mesej disebalik kisah seram yang menghantui Fuad dan Sarah dalam filem tersebut. Cerita ini nampak berkesan dan mula rancak dengan penampilan pelakon otai berpengalaman seperti Shahronizam, Azman Hasan dan Mak Jah.




Filem Seram Yang Unik ?

Memang mula-mula rasa mengarut, mungkin hantu keluar dari kereta, mungkin kereta tuh terbang. Tapi sememangnya selepas menonton filem tersebut, ianya  satu filem yang sangat  unik, membuatkan otak korang bercelaru memikirkan logika disebalik filem Volkswagen Kuning ini. Pengakhiran cerita yang bukan biasa-biasa, filem ini memang patut masuk dalam list korang kalau rasa nak tonton wayang minggu ini.

Comments

Post a Comment

Popular Posts