Blog Orang Selangor

16/09/2016

Tips Kanak-Kanak Cergas Riang Ria

Seronok tengok bila anak anak ni dapat jumpa kawan, ye memang mereka secara tak langsung akan lupakan gajet gajet canggih, lagi pulak dibawak berjalan-jalan sana sini. Itulah yang jadi penyebab mereka akan aktif, berpeluh dan penat secara semula jadi, dan akhirnya mudah tidur, dan meningkat antibodi mereka.


kanak-kanak cergas

Itu yang terpenting sekali, bermainlah, bila mereka kanak-kanak. Bila dengar arreessa sendiri cakap, nak pergi sekolah, kata rindu nak jumpa kawan, hahaha, memang terbaik, walaupun sebenarnya dia susah nak pergi sekolah, memang liat, baru tadika je pun, tahun depan darjah satu tak tahu lagilah macam mana.

Selain dari berikan meal shakes, nutriferon, sikit omega guard, jaga permakanan anak-anak nih, kurangkan makanan proses, jajan cuba elakkan, biarlah mereka bermain bersama-sama, gajet pun kurangkan. Biar mereka rasakan , bersosial itu sangat penting, itulah cara mereka akan suka ke sekolah, dan aktif dan cergas dan sihat dan kuat dan semangat dan waja dan macam-macam dan lagi.

No comments:

Post a Comment