Semoga Tuhan Merahmati Sains : Falsafah Sains Asif A. Khushaini

SEMOGA TUHAN MERAHMATI ASIF A. KHUSHAINI

Aku rasa aku betul-betul suka pada sains masa aku nak masuk form 2, aku tekad masa tuh aku nak power subjek sains. Sebelum tuh aku bajet aku suka subjek matematik. So masa aku belajar betul-betul, buat latihan kaw-kaw, dan aku berjaya naik kelas nombor satu, bersama budak-budak pandai sekolah tuh masa form 3. Lepas tuh,  macam tulah aku suka math dan sains. So zaman matrikulasi, aku suka beli buku, dan bestnya ada satu kedai buku terpakai, kat situ aku beli banyak buku pasal subjek yang aku suka, lagi-lagi buku matematik. Tapi ada satu buku yang best, pasal basic physics, buku tuh kecil. tapi penulisannya santai, dan penuh teori jugak. Aku rasa buku sains tuh sangat best, dan sampai sekarang aku tak pernah jumpa pun buku jenis tuh dalam basaha malaysia.


falsafah sains  asif a. khushaini

PERKEMBANGAN BUKU INDIE

Aku suka tengok perkembangan buku-buku indie yang bersifat melawan, sampai masa tuh banyak gile buku. WOW semua buku nampak best, dan aku rasa kena baca buku ilmiah mereka. Aku asyik tengok-tengok masa pesta buku, mana tahu ada satu buku yang sama jenis dengan buku yang aku pernah baca masa tahun 2002. Aku harap adalah buku jenis macam tuh versi bahasa malaysia. Masa malam puisi Asean kat rumah pena, aku singgah booth Hafiz Latiff, dan tak pasal pasal aku tanya, ada tak buku pasal sains, dan mamat LEGASI OAKHEART nih selamber memetik buku Semoga Tuhan Merahmati Sains - Se Th Mt Sn terbitan Terfaktab Fine; sebab buku ni kategori nonfiksyen. Aku takdalah nak pergi cari terus, walaupun kedai dia kat seksyen 16, shah alam, dekat je dengan rumah aku. Tapi minggu lepas masa KL Lepark, aku beli buku ni dengan harga RM 25, tanpa resit, dan aku terbaca tadi buku ni diskaun RM 20. hahaha. Rugi RM 5, tapi berbaloi ke RM 25 aku beli buku nih ?

MATLAMAT SAINS ASIF KHUSHAINI

OK lepas aku pi makan nasi lauk ayam yang sedap wife aku masak, aku cuci pinggan, dan rasanya aku nak tulis balik status panjang lebar nih. Aku rasa tertarik dengan muka depan buku nih, satu penghormatan kepada greatest genius yang manusia pernah kenal, iaitu Albert Einstein, dengan formula general relativity, (kalau tak silaplah ). Tapi cover je tak cukup, kalau korang tak baca isi dalam buku nih. Buku yang dibahagikan kepada 7 lapisan langit nih, mengajar aku banyak perkara. Antaranya ialah:

  1. MANUSIA BUKAN ROBOT - dari langit pertama sampai langit ke tujuh, Asif sentiasa dengan statement manusia bukan robot. Asif bagitahu manusia akan jadi robot sebab sistem pendidikan kita. Sistem pendidikan dari sekolah rendah sampai sekolah menengah dan hingga sampai universiti membuatkan aku pun terasa macam robot, sebab aku rasa semua benda kena hafal untuk lulus periksa. Aku pun kekadang tertanya pasal formula tuh dari mana datang. Masa aku belajar phd (berhenti dah), apa yang penting adalah terbitan, dari mana datangnya formula itu dan ini. Sebab sekarang semua benda nak mudah, akhirnya banyak pengajaran sekarang guna projektor dan mematikan satu ilmu, iaitu ilmu terbitan FORMULA.
  2. SAINS IALAH CURIOSITY - Asif sentiasa mengingatkan, atau menulis supaya kita ada curiosity, supaya kita tertanya-tanya. Aku baca satu bab pasal proton, Asif dari langit terawal sampai langit keenam, sentiasa memainkan fikiran aku, kenapa proton tuh itu ini dan ini. Sains bagi Asif ialah suatu kebenaran sementara, terbuktinya teori itu mengikut zaman. Jadi orang kata fizik teori telah mati, sains saturated sebab sistem yang ada sekarang, trend yang ada sekarang mematikan sifat MANUSIA itu, iaitu CURIOSITY.
  3. FALSAFAH, SENI dan SAINS MESTI SEIRING - Gaya penulisan Asif, cerita pengalaman dia sebagai seorang yang dilabel sebagai budak jahat, membuatkan kita boleh faham setiapa teori fizik itu dengan mudah. Falsafah dan seni itu penting. Cara berfikir akan membuatkan sains akan sentiasa berkembang. Cerita Asif bagaimana seorang insan seperti Newton, Faraday, Maxwell, menunjukkan perkaitan ilmu baru dari falsafah dan pemikiran mereka. Asif bercerita juga menceritakan dengan sifat ingin tahu dan berimaginasi, Einstein berjaya memecahkan semua teori NEWTON tentang graviti dan mendefinasikan kembali apa itu graviti melalui satu teori yang dinamakan General Theory Of Relativity.
  4. SAINS MENGAJAR KITA KEKERDILAN KITA KEPADA TUHAN - Formula mistik sains, yang sentiasa misteri, adalah satu benda yang membuatkan kita bukan hebat sebab dapat hadiah Nobel, dapat geran penyelidikan yang besar, dapat ijazah kedoktoran, tapi Sains membuatkan kita tahu, kita ini kerdil, ye kita ni jangan sombong dengan segala yang Allah jadikan dalam dunia ini. Ilmu Allah maha luas, dan ilmu manusia sedikit sahaja.


QURAN SEBAGAI ASAS SAINS

Banyak benda sebenarnya aku dapat bila baca buku Asif nih, lagi-lagi bab penerbitan formula, bak kata beliau, Sains adalah Subjek Alam, dan Matematik adalah bahasanya. Teori yang sukar dalam subjek fizik kuantum, teori gelombang dan cahaya, semuanya mudah difahami dengan penerangan Asif. Asif menggunakan skill kesenian beliau dengan mengaitkan teori fizik dengan pengalaman beliau yang boleh dikatakan sangat hitam, hahaha, termasuk dipukul oleh pelajar senior. Asif menunjukkan formula sains ini semuanya ada kaitan dengan kehidupan kita.

Tapi aku tertarik jugak dengan persoalan Metz pasal cahaya. Memang cahaya amat misteri, persoalan pasal matahari. Jika sains adalah manifestasi cinta kita kepada tuhan, tuhan juga takkan biarkan kita ternganga mencari jawapan.. Aku pernah baca satu ayat quran nih . Dalam surah AN-NISA, ayat ke 174, dalam terjemahan basaha malaysia:

"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak)."

Ikut kefahaman aku, terjemahan dalam kurungan itu adalah tafsiran para ulama yang pakar dalam bidang agama dan hidayah. Tapi bagi aku, cahaya ni boleh dikembangkan lagi, seperti mana Asif bercerita tentang cahaya. Melalui kajian cahaya, dan juga penemuan photon oleh Albert Eistein, manusia mendapat banyak manfaat, seperti teknologi internet sekarang yang menggunakan fiber optik. Kita boleh main fb dan dapat berniaga jual ubat, jual baju, jual air liur dan sebagainya.

Satu lagi teori best yang Asif utarakan dalam buku ini ialah tentang penciptaan dunia, alam semesta. Ramai kata big bang adalah yang paling logik, tapi Machio Kaku, profesor fizik yang terkenal  pernah bercerita tentang konsep Multiverse (wujudnya universe yang lain dari yang kita  duduk sekarang) , yang mana teori ni datang setelah saintis mengeluarkan satu ilmu baru tentang String Theory. Ayat paling popular tentang ciptaan alam tentu sekali ialah dalam surah AR-RAHMAN ayat ke 37:

"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;"

Kajian tentang ini memang membuka lagi minda, bak kata Asif, Sains takkan mati dan saturated, dan teori big bang adalah teori sementara untuk masa sekarang. Bagi aku, jawapan yang gila asas bagi satu teori sains ada dalam petunjuk yang tuhan bagi kepada kita, iaitu kitab Al-Quran. Di sini perlunya gabungan semua pakar-pakar keilmuan, dari ilmu agama, arab, sains, bahasa dan macam-macam lagi untuk mencari jawapan kepada misteri alam ciptaan Tuhan ini. Mana tahu selepas ni Terfaktab fine menerbitkan lagi tulisan ilmiah seperti ini satu hari nanti.

SAINS UNTUK SEMUA

Kalau korang rasa korang ni mamat seni yang tak suka join kelas sains. Atau pun korang ni mamat sains yang pentingkan markah dalam pelajaran. Ataupun korang ni mamat business, mamat agama, korang mesti baca buku nih. Nanti lepas baca, mesti korang rasa, korang nak belajar pasal SAINS. Akhir kata dari aku, SEMOGA TUHAN MERAHMATI ASIF KHUSAINI, SEMOGA TUHAN MERAHMATI SAINS !!!

Comments

Popular Posts