Blog Orang Selangor

02/09/2016

Seiring Dan Sejalan Business Shaklee

Ini baik punya tajuk lagu, kalau nyanyi, Dinda !!!, Kanda !!! burung pun turut menyanyi. Ini lagu popular sampai sekarang, lalalalala. Tapi korang pernah fikir ke, nak seiring dan sejalan tuh senang sangat ke ? Nak balancekan tayar kereta pun kena selalu buat alignment dan balancing, inikan pulak pasangan hidup.


suami isteri buat business

Tahun 2010

Semuanya sebab kami dah terjebak dengan virus BUSINESS pada tahun 2010, kami tak tahu apa-apa masa tuh, cumanya merujuk kepada seorang blogger, dia kata nak buat business, kena belanja berpuluh ribu, hahahha, merapu sungguh masa tuh. Last last aku baca balik marketing plan dia, takyah buat pun takpa, apa punya pengamal MLM macam nih, aduih pening kepala gua.

Salah Business

Tapi itulah permulaan yang aku restu, kitorang berjalan jalan cari apa yang betul betul sesuai dengan jiwa kitorang. Alhamdulillah perjalanan tuh mengambil masa hampir 2 tahun, bukannya terus jumpa business Shaklee nih, tapi kena jumpa business tah hapa hapa dulu, jumpa skim pelaburan emas, dan macam-macam lagi, jual sabun, jual minyak wangi, dan macam-macam jual. Kat situ aku gila programing blogspot, dan masa tuh bermacam-macam cerita konfrantasi.

Berhenti Kerja

Paling penting dalam kehidupan kitorang ialah nak berhenti KERJA, dan fokus buat SHAKLEE FULL TIME. Fokus kepada satu produk yang banyak mengubah JIWA orang lain. Bermula pada tahun 2014, disitulah bermula lagi satu episod suka duka, tapi kita kena jalan terus dan bertanggungjawab dan sedia berhadapan dengan keputusan yang kita dah buat.

9 per 10 Rezeki

Jika 9 per 10 tuh rezeki adalah perniagaan, makanya 9 per 10 dugaan tuh pun akan kita rasa bila berniaga. Alhamdulillah, jiwa masih kuat menghadapi dan menempuhi segala cabaran dugaan. Bila keputusan dibuat, berdoalah kepada Allah, semoga kekal kuat menghadapi setiap ujiannya. SABAR dan SOLAT !!! Semoga orang tua kami merestui aktiviti kami yang gila ini.

No comments:

Post a Comment