Blog Orang Selangor

07/09/2016

Pencipta Pertama Protein Soya Sebelum Dr Shaklee

Selamat pagi semua, korang semua tentu gembira gila, sebab bulan ni sebab Shaklee Malaysia ada promosi Energizing Soy Proteins dan Vitamin C. Bak kata Roslan Ghazali, bulan ni adalah bulan kecantikan. Amacam best tak ? Memang abg joe akui, bulan ni memang bulan buat duit, sampai dapat berita dari kawan-kawan SID, mereka kena berperang harga, semata-mata nak jual produk Shaklee yang paling best idaman rakyat Malaysia. Ye ke idaman ?


soya sebelum dr shaklee

Beza Soya dan Protein Soya

Tapi kalau korang nak tahu cerita best dari abg joe sendiri, korang kena rajin baca sejarah. Sejarah paling penting pasal soya itu sendiri. Ramai yang salah faham, kalau korang baca post terbaru Ainul Fadzilah Mustafa, korang boleh faham tentang beza Air Soya dan Protein Soya. Hahhaha lain weih, tolong baca dan buat kajian. Sebab , ada orang bila tak suka soya, dia keluarkan jurnal keburukan soya, tanpa dia sedar dia peminat tempe dan kicap soya. hahahha.

Great Depression 1929

Kalau korang perasan, cerita pembawaan soya ke Amerika pun dah jadi satu pendebatan, ada yang kata Benjamin Franklin yang bawa pada tahun 1765, ini semua korang boleh baca. Tapi cerita Protein Soya bermula kerana berlakunya Great Depression 1929, ye dicampur pula dengan kesedaran rakyat Amerika sendiri tentang diet permakanan.

Protein Soya Pertama

Nak diceritakan Protein Soya pertama adalah hasil metodologi African-American Percy Lavon Jullian pada tahu 1934. Masa ni dia namakan protein dia sebagai Alfa-Protein. Kenapa Protein Soya ini penting ? Protein soya ini bagus sebab dia ada 9 nutrient utama acid amino yang diperlukan oleh badan manusia. Bila dikaji, cuma soya je ada 9 asid amino nih, dan automatik dia pun ada cukup 8 vitamin b-kompleks, bukan saja saja ada tau. Harga soya protein ini sangat berpatutan pada zaman selepas Great Depression, bolehlah ganti protein daging yang tak selamat, dagingkan banyak kolesterol, lepas tuh banyak suntik, lepas tuh dengan lembu gila dan macam macam gila lagi. 

Henry Ford Kereta Soya

Nak dijadikan cerita, kajian Jullian ini mendapat perhatian otai dunia automotif, Henry Ford. Jangan tak tahu pula, Henry Ford berbelanja besar terhadap kajian Kacang Soya, sebab dia tahu soya ini boleh hasilkan minyak dan makanan. Paling best, tahun 1941 dia perkenalkan "kereta konsep SOYA", kereta pertama yang gunakan plastik dari sumber kacang soya. Henry Ford yakin, berbelanja besar dalam industri kacang soya, boleh membawa pulangan yang besar, dari segi dunia automotif, permakanan. Henry ford adalah tulang belakang penciptaan artificial silk , yang bersumberkan kacang soya.

Kajian Dr Shaklee

Tapi dalam dunia nutrisi, Forrest C Shaklee adalah orang yang sangat sayangkan kesihatan rakyat Amerika. Dia melihat banyak sangat kelemahan Soya Protein yang ada, dia nampak teknik pengasingan Protein Soya menggunakan suhu yang tinggi, hingga boleh merosakkan struktur soya itu sendiri, dan hilangnya zat penting dalam soya tersebut. Lepas itu lagi , teknik basuhan menggunakan alkohol itu boleh merosakkan soya tersebut. Bahaya lagi kalau pemanasan soya ini boleh membahayakan kesihatan manusia.

Instant Protein Pertama Shaklee

Kajian Dr Forrest C Shaklee berbaloi dengan teknik pengasingan mengunakkan cold washed, pada suhu yang rendah, dan tidak dicuci dengan alkohol, menggunakan soya yang natural, lahirnya Instant Protein pada tahun 1960. Instant Protein ini adalah produk terawal Shaklee, selepas vitalea. Selepas itu, Soya Protein shaklee mengalami banyak perubahan, banyak improvement, termasuklah produk inovasi Cinch Shake, yang khusus dibuat untuk pengurusan berat badan.

Land Mark Study

Kalau nak kata Protein Soya shaklee ini selamat ke tak ? ye memang selamat, sebab Land Mark Study 2007 dah buktikan , produk Shaklee selamat, dan meningkat kesihatan berbanding orang yang makan vitamin produk lain, dan yang tak makan vitamin langsung. Itu je cerita abg joe pasal soya, kalau tulis panjang panjang, dah boleh buat buku, kena bertapa kat gunung fuji pulak lepas ini, nak study pasal SOYA JE !!!

1 comment:

  1. New Diet Taps into Revolutionary Concept to Help Dieters Lose 15 Pounds within Only 21 Days!

    ReplyDelete