Blog Orang Selangor

14/09/2016

OCD : OBSESSIVE-COMPULSIVE DISORDER aka OH CEREWETNYA DIA

Dari semalam eh bukan dari dulu lagi aku rasa benda ni kena cakap dekat sini, sebagai satu tulisan dan pendapat aku jelah. Sekarang ni istilah ni sangat popular, ada yang kata dia bangga jadi OCD, tapi tak kurang juga ramai pula yang membenci jadi OCD. Itu pun sebelum ni terbaca pendapat Lyna Noh dan Salwa Mohd Saleh tentang OCD.



Perfect 99.9999%

Orang kata bila kita suka sangat penelitian, check sana sini, susunan mesti sama, color mesti sama, gila kau cerewet, hahah itu bahasa melayu, memanglah cantik. Ada orang bila buat kerja, memang sangat sistematik, dia check banyak kali sampai betul-betul perfect 99.9999 % . Bagus sebenarnya ada penelitian macam tuh, ikut sistem dan sangat pentingkan kualiti.

Perasaan Yang Tak Terkawal

Tapi ianya boleh jadi OCD, ye, bila perasaan nak semuanya perfect tuh tak dapat DIKAWAL. Ye ulang sekali lagi, TAK BOLEH DI KAWAL. Sebab tuh perkataan di D dibelakang , DISORDER. Maksudnya, bila perasaan kau nak semua benda tuh perfect, sampai tak boleh bertimbang rasa, tak boleh tengok rumah sepah sikit, semua benda tengtang OCD.as, perasaan yang tak terkawal tuh baru kau masuk dalam kategori OCD. Kau punya cerewet sampai menyusahkan orang lain, kau mula stress sampai kesihatan terganggu, tidur tak cukup, dan mental terganggu akibat memikirkan sesuatu, yang sebenarnya kau tak boleh nak kawal.




Mamazila OCD Jadi Raksasa Pink

Nak faham lagi situasi OCD nih, korang kena tengok bagaimana Nizam Razak cerita betapa cerewetnya seseorang, dan jadi tahap OCD. Dalam episod 11 musim ketiga, Mamazila, isteri kepada Papazola mengamuk dan menjadi raksasa pink, disebabkan OCD dia yang sangat teruk. Sebab itu dia dikurung dalam stage terakhir Mahliga Syahdu. Mamazila bertukar menjadi raksasa bila melihat rumah En Kumar, ayah Gopal yang sangat bersepah, sampai baldi dijadikan lampu. Episod 11 musim ke-3 boboiboy ini adalah episod terbaik macam mana perasaan seorang suami yang ada isteri ada OCD yang teruk. Terbaik gila episod ini.

Jadi kalau korang rasa diri korang cerewet, sistematik, itu bagus, tapi bila tak terkawal perasaan sampai stress, itu dah masuk OCD ok ?

No comments:

Post a Comment