Blog Orang Selangor

19/09/2016

Misi Viral Artikel Kesihatan

Alhamdulillah, harini page Diet Diet Sihat kami dah cecah 104 ribu likers, bunyi macam kelakar, sebab orang kata page ni susah nak menjual. Tapi bunyi misi viral ni pun tiru misi kartunis terkenal Nazry Salam Misi. So apa yang menarik sangat bila page likers banyak nih ?


viral artikel blog

Aplikasi Tambah LIKERS

Ye memang menarik, sebab dulu masa kami nak buat nih, Ainul Fadzilah Mustafa kata jom kita try buat application tambah like, manalah tahu sales naik. Hahha, tahun 2012, time tuh semua orang buat, dan kami pun buat, dapatlah cecah dalam 90k likers. Tapi facebook makin lama makin kejam, algoritma berubah, facebook nak kualiti berbanding menjual. November 2014 menyaksikan page ni kehilangan likers disebabkan pembersihan akaun facebook yang dilakukan oleh Mark Zuckerberg dan team beliau. Jadi menjunam terus kepada 59k. Di tambah pulak time tuh tak update page nih, rasa tak boleh buat apa dah. 


Selalu Update

Tapi bila melihat kehebatan Zarith Sofia menang iphone 6, lepas tuh pulak kemunculan Kelab Ibu Ohsem oleh bonda manis Lin Chalo, aku rasa page ni pun boleh datangkan hasil. Oklah tetiba rasa dengan handphone rm 150 lenovo , aku sentiasa update update dengan macam macam tajuk kelakar, dan akhirnya usaha setahun lebih tuh berhasil. Dari 59k sampai 104k. hahha, bunyi macam gempak, tapi biasa je. 

Kelebihan Page Facebook

Macam macam teorilah orang kata guna personal lagi bagus, guna page lambat. Tapi bagi saya, guna page lebih sistematik. Sebabnya kita boleh lihat analisis berapa like, berapa shares, dengan lebih detail, itu belum masuk lagi kita apply fb ads dan sebagainya. Page ada button search, kat situ kita boleh search balik dan scroll keyword atau entry lama kita. Nak lagi best pulak sekarang ni di google pun dah banyak page yang selalu muncul kat google berbanding personal. Senang cakap, page tak payah guna nama betul berbanding personal, sebab tuh friends saya banyak dah delete, ada 8oo lebih je, hehehe.

Page Facebook Ramai Boleh Guna

Satu kelebihan yang paling power ialah, PAGE yang kita bangunkan boleh ada ramai admin, ramai editor. Sebab tuh team diet diet sihat kami guna betul betul page nih. IsMa Lyeza, Shazana AzlanCikgu NorulYusenazuin Yusof , Soffiah Shariff dan ramai lagi yang tak tag kat sini. Jadi mereka ni sangat untung boleh gunakan page nih. Tak tahulah berapa limit, tapi selagi boleh manfaat guna dengan sebaiknya dengan team kami.

Artikel Blog VIRAL

Banyak likers ni baguslah, kalau nak viral benda tah hapa hapa pun boleh, kekadang tuh buat jugak. Tapi sambil buat sales, ada misi yang lebih penting, iaitu sebarkan dan viralkan artikel tentang kesihatan. Alhamdulillah, artikel yang wife tulis nih, dapat banyak shares, artikel dengkur je dah 3000 lebih shares, artikel tidur lambat nih pun dah 8000 lebih shares. Ini misi penting kami , Allah dah bagi pinjam likers banyak nih, untuk kami pulak penuhkan facebook news feed orang lain dengan ilmu dan kesedaran tentang kesihatan. Ini memang satu tanggung jawab yang cukup besar buat kami bila dah ada page banyak likers nih. Kami tahu, bila bila masa je boleh hilang. So sebelum hilang, kami nak buat amal sebanyak mungkin , seviral mungkin dengan cara ini. Nak jugak ikut jejak The Vocket untuk sebarkan pengisian yang bagus untuk pembaca rakyat malaysia.

Solusi Terbaik

Tapi ada juga yang baca macam kecewa bila baca bab penghabisan artikel tuh. Ye kami cadangkan beberapa solusi untuk masalah tersebut. Bunyi macam nak menjual, ye memang kami penjual pun. Tapi solusi yang kami bagi itu adalah hasil dari pembacaan, penelitian, solusi yang mempunyai kajian yang berterusan, #landmarkstudy yang mantap, dan juga falsafah pengasas solusi tersebut. Sebab itu kami rasa penting untuk kongsi juga solusi iini, kerana tekad solusi itu yang TERBAIK untuk rakyat Malaysia.

Jom Sertai KAMI

Kami menjemput semua yang berminat, yang ada juga matlamat yang sama bersama kami, bloggers yang berbakat, untuk menyertai team diet diet sihat. Dengan kemampuan yang kami ada, insyaallah kita viralkan kebaikan dan ilmu yang bermanfaat untuk rakyat malaysia. Insyaallah ada rezeki yang mendatang sedikit masa lagi.

1 comment:

  1. New Diet Taps into Pioneering Plan to Help Dieters Get Rid Of 23 Pounds within Only 21 Days!

    ReplyDelete