Blog Orang Selangor

14/09/2016

Macam Mana Nak SEO kan BLOG SAYA ?

Kelas blog pertama yang saya datang, dibawah pengajaran wak zainul dan akacan. Masa nih akacan masih nak jadi retro ala uji rashid gituh. Antara yang saya bincang dengan dia pasal SEO , saya ingat lagi masa nih saya tanya pasal Black HAT strategy yang dipakai oleh pakar pakar SEO seantero dunia.


ranking google blog

Update Blog Dulu

Tapi bak kata wak zainul, itu semua tak penting, paling penting kena sentiasa update dulu, nanti dah pandai , baru fikir pasal SEO pulak. Hahhaha, cerita pasal update ni pun menarik, sebabnya dalam sibuk sibuk beraya bulan lepas, kami dibawak ke selayang untuk COD sebotol vivix. Bila ditanya customer tuh, rupanya dia nih baca banyak entry blog, tapi dia tengok blog tuh, last update pun 2014, 2013. Nasib baik entry kami paling terkini dia baca, feb 2016. Dia nampak yang kami sentiasa update, dan fikir kami masih aktif buat shaklee lagi, berbanding dengan blog lain yang dia baca.

Hari-hari Update Pasal Shaklee

Memang kalau dah kata SID PRO, memanglah hari hari mesti update pasal SHAKLEE, jangan sampai orang tak tahu pulak, business tetap jalan. Sentiasa update dan promote, barulah mereka tahu di luar sana. Terima kasih customer yang memberi pengajaran kepada kami berdua supaya suruh update blog selalu, paling gila sehari satu entry.

Bedal Nasi Lemak

Balik pada cerita akacan kat bawah, rasanya pagi tuh saya bedal nasi lemak bungkus yang sedap, masa tuh yang datang celikvitamin, salwaishak, shainashop dan ramai lagi. Apapun, rumah lama mami Hadha dulu memang best, kat depan tuh boleh berlari lari riang sambil buat videoklip raya, yehaaa !!!!!

No comments:

Post a Comment