Macam Mana Nak Dapat Banyak Like Facebook ?

Alhamdulillah, hari ni dapat makan roti  canai lembab sedap di seksyen 6 shah alam. Ye memang  lembab sebab ramai gile order jadi lembab badan nak menunggu bila nak siap, padahal bungkus biasa 5 je. Tapi cerita aku hari ni bukan pasal roti canai, tapi cerita macam mana nak dapat banyak like. hahhaha, bila sebut  pasal like nih, ye facebook ni ada hal macam macam. Ada dua jenis like, satu  yang like post, satu likers fb, ok dua  dua kita bincang.


cara dapat banyak like status facebook


Satu Like Pun Aku Tak Dapat ?

Memang diikutkan dulu, memang senang nak dapat like, letak status je orang like, tapi tengok pada keaadaan. Banyak faktor sebenarnya kalau nak dapat like nih. Semuanya bergantung kepada kau sendiri. Hahhaa, sebab facebook sendiri ini, kena usahakan. Di sebabkan banyak perubahan yang berlaku dalam facebook sekarang, tentu  sekali ada beberapa pantang larang yang boleh buat dan yang tak bagus buat dekat facebook.


  1. Like ni bergantung kepada kawan kawan kita. Tengoklah kawan kawan kita suka apa,  kalau jenis yang layan je, boleh lah dapat like. Cara facebook menguji berapa banyak like boleh dapat ni adalah dia test  dulu post tuh ada orang like ke tak, kalau dah ada orang like, dia akan sikit  sikit timbul dekat newsfeed orang lain.
  2. Logik paling best adalah dengan ramaikan followers dan likers, makin tinggi harapan kau nak dapat like, tapi ingat, semuanya bergantung pada topik yang kau nak bincangkan.  Kalau topik itu memang kena dengan diorang, memang boleh dapat  banyak like. Ada satu masa, dapat like berapa kerat  je, sebab topik kau tuh memang membosankan, dan sekadar nak promosi barang semata-mata.
  3. Lagi parah kalau kau ajak orang lain keluar  dari facebook, lagi facebook tak suka. Facebook dengan mudahnya, dia nak engagement. Dia nak orang duduk diam dekat facebook, once kau ajak  dia keluar, memang  dia potong markah, kau. Tapi kekadang kalau facebook artikel kau tuh  bagus, tentu sekali boleh viral, itupun bergantung pada topik tuh kuat ke tidak, dan jugak berapa likers yang kau ada.
  4. Jadi  the best thing kau boleh buat  ialah mantapkan penulisan status, cuba kumpul followers atau likers, tak pun buat je benda viral,  yang mudah orang kongsikan. Tapi ianya memerlukan kesabaran, dan usaha berterusan.
  5. Jadi paling penting ialah CONTENT MARKETING. Content kau kena power, selepas power, kau kena promote, nanti kau akan terkejut,  kau akan dapat banyak like dan share. Masa tuh memang peluang Likers atau Followers facebook kau akan bertambah.

Oklah itu  saja tips mudah nak dapat like banyak.  Kalau korang follow bebudak dubook, pakar copy  wiriting, orang yang popular, mereka ni memang dah orang nak follow. Tapi kalau kau betul betul popular nak like banyak,  kau kena start mantapkan content facebook kau. kalau bosan, meman ramai tak like, lagi satu kena selalu update facebook. Ok ? tips mudah hari ni sebelum raya haji. Tips nak buat content ni aku share kat bawah, shooting dekat cameron highlands.


Comments

Popular Posts