Blog Orang Selangor

21/08/2016

Yasuhiko Kojima : Pencipta Nutriferon Shaklee

Dr Forrest C Shaklee , pergi mengadap ilahi pada umurnya pada 91 tahun, tapi legasi Shaklee dia akan diingat sampai bila-bila. Produk yang dia buat, signature vitalea dah seratus tahun, herb-lax, dan jugak teknik mengestrak protein dari soya.

Tapi jangan lupa juga, dalam Shaklee, produk shaklee makin lama makin banyak, dan falsafah itu diteruskan oleh para saintis Shaklee. Memang hebat. Tapi , nampak production agak slow, bila Shaklee di pegang oleh syarikat farmasi di Jepun.


nutriferon shaklee

Roger Barnett Dan Shaklee

Tapi semuanya berubah, bila seorang businessman yang kacak, bernama Roger Barnett mengambil alih Shaklee Corporation, barulah Shaklee mendapat momentum baru. Korang baca post bersiri kak Lin Chalo tentang Land Mark study ? itu salah satu idea Roger Barnet untuk buat produk shaklee ni bukan syok sendiri cakap bagus macam seorang datok tuh.

Setahun selepas pengambilan Shaklee, 2005, shaklee mengumumkan produk untuk imunisasi dan antibodi, dikenali sebagai NUTRIFERON, yang diambil dari formula INTERFERON yang dicipta khas oleh Dr Yasuhiko Kojima, pakar imunologi terkenal di dunia . Ada sorang lagi nama sama, tapi bukan saintis, tapi dia tuh atlet jepun, jangan keliru pulak.

Penemuan Interferon

Bermula dengan kajian demi kajian, semuanya bermula pada tahun 1954, bila dia dan kawan dia Yasuichi Nagano berjaya menjumpai Interferon,semasa membuat kajian terhadap small pox pada arnab. Tapi sayangnya nama interferon tuh di kreditkan kepada Alan Isaack dan Jean Lindermann. Ini semua disebabkan publication yang diterbitkan pada tahun 1957. Nak cerita lagi gelaran Father of Interferon tuh diberikan kepada Dr Sidney Pestka, biokimia Amerika, yang berjaya mencipta Interferon dalam bidang perubatan, baca sekali lagi, bidang PERUBATAN, bukan bidang NUTRISI dan PERMAKAN. Sebab itu suntikan interferon di hospital sangat sangat MAHAL, boleh mencecah beribu-ribu ringgit. Tambahan lagi, belum tentu Interferon ciptaan Dr Sidney benar-benar natural.

Sebelum tuh korang tahu tak Interferon tuh apa ? Interferon ini adalah protein yang dihasilkan oleh immune sistem badan kita untuk melawan virus dan parasite. Bagusnya interferon ni sebab ianya boleh melawa penyakit penyakit gila macam hepatitis C, multiple sclerosis dan jugak penyakit kanser. Kiranya kalau nak antibodi kuat, nak lawan virus dan anasirjahat, kena ambil cucuk interferon ni dalam badan korang.

Buah Labu

Usaha 40 tahun Dr Kojima akhirnya berbaloi. Dia mengkaji beribu-ribu tumbuhan semulajadi yang boleh dijadikan interferon yang lebih natural. Akhirnya dia berjaya mencipta formula NUTRIFERON TM, patented , dari 4 estrak tumbuhan ni, biji Plantago asiatica , Japanese Honeysuckle, bunga safflower dan terakhir sekali ialah BIJI LABU, bukan biji Joe Labu, hahaha. Amacam best tak ? itu belum lagi korang baca cerita pasal BIJI LABU yang aku cerita dalam bab bab #tsunamishaklee sebelum nih. Ko nampak tak usaha dia nak kaji beribu-ribu tumbuhan, kita sibuk menangkap beribu pokemon, sebab tuh lengkuas dengan halia pun tak boleh beza. Macam aku nak beli sawi kat pasar pun kena buka google dulu macam mana rupa sayur Sawi.

Jadi Shaklee berjaya mendapatkan formula nih, dan formula ni khas untuk Shaklee je, haah betul, khas untuk shaklee je. company lain tak dapat. 2005, piada global conference, Dr Jamie MacManus, begitu teruja, terkinja kinja ,gedik gila, lag gedik dari Ayda Jebat, sebab nak cerita pasal patented formula nih, weih gila memang gila, orang rajin kaji sains je tahu betapa patented formula ni menjadi rebutan.

Kehebatan Nutriferon Shaklee

Nak dijadikan cerita kat bawah, Dr Yasuhiko Kojima di jemput untuk membuat ucapan , dan dia memang suka dengan falsafah Dr Forrest C Shaklee, iaitu Harmony With Nature. Dr Yasuhiko Kojima telah dilantik menjadi Shaklee Advisory, penasihat agung untuk shaklee pada tahun tuh. Kalau cerita bab penasihat agung tuh, bukan sebarangan. Noble Prize bidang biologi Dr Elizabeth Blackburn pun sudi jadi penasihat agung shaklee. Hasil nya keluarlah Land Mark Study ke 2 pada tahun 2014, lagi best dari land mark study pertama. Itu ko suruh Mohd Alizal Abdul Razak terangkan, dia suami puan Lin Chalo tadi,

Setelah lebih 10 tahun produk nutriferon nih, toksah ceritalah dia punya kebaikan, memang ko search je nutriferon, memang boleh nampak kesannya, sebab adik Hadhatina Mkb yang kena kayap pun, makan nutriferon, kulit dah cantik balik, macam kakak dia tuh. Trip Shaklee ke Jepun tahun depan, (trip shaklee semua free duduk hotel best best) mungkin peluang aku nak jumpa Dr Yasuhiko Kojima, sebab nanti aku nak cerita kat dia satu surah pasal Nabi Yunus, yang Allah berikan dia YAQTEEN, selepas dimuntahkan dari mulut ikan paus selama 40 hari. Hhaha mulut bau sendiri tak gosok gigi sehari pun dah banyak bakteria bau busuk, inikan pulak mulut ikan paus yang makan tah hapa hapa ikan busuk, lagi macam macam virus ada dalam mulut ikan paus tuh. manalah tahu, bila dia baca pasal surah tuh, mungkin dia boleh tafsif apa maksud sebenar YAQTEEN dalam Al-Quran.


No comments:

Post a Comment