Relativiti Einstein Dan Dimensi Keberkatan

Boleh dikatakan fizik mudah yang berlaku dalam dunia harini, bermula dengan teknologi automotif, bangunan, getaran, adalah hasil daripada hukum newton. Walaubagaimanapun, semuanya menjadi huru hara bila seorang yahudi german , Albert Einstein berjaya memperkenal teori relativity, yang mengubah sama sekali konsep graviti Sir Isaac Newton.


keberkatan masa

Einstein memperkenalkan teori ruangmasa spacetime dimana setiap dimensi juga melibatkan masa. Pening kepala juga rumus einstein tuh, dimana semuanya bergantung pada relativiti setiap tempat.

Relativiti masa dan jarak ni biasanya kita pun dapat rasa. Contoh bagaimana waktu maghrib bulan ramadan dibandingkan dengan bulan yang lain. Ye waktu terasa sangat lama, berbanding bulan lain. Orang yang pergi ketempat baru menaiki kenderaan terasa tempat tuh jauh, tapi bila nak balik rasa dekat pulak. Orang yang duduk kuliah 2 jam terasa lama dengan ilmu, tapi orang yang pergi enjoy rasa 2 jam sekejap sangat.

Semuanya berlaku kerana DIMENSI KEBERKATAN yang diwujudkan oleh kita sendiri. Orang yang beriman, selalu mengutamakan Allah, solat awal, buat kerja yang berfaedah, boleh mewujudkan dimensi keberkatan yang sangat berkualiti, berbanding dengan kita yang suka buang masa dengan benda yak berfaedah.

ALLAH bagi 24 jam, Bagaimana DIMENSI KEBERKATAN kita, kita sendiri bentuk dan tentukan

Comments

Popular Posts