Mengharap Bintang ?

Uncle mutu ditugaskan untuk menjadi AJK bagi program iReach Super Star, program mengiktiraf wira wira ireach family yang berjaya naik rank dan pakar menjual set detox dan vivix. Tugas uncle mutu senang je, cuma kawal lagu apa nak keluar, selain itu persembahan apa nak buat.


irene takut jumpa abang


LEpas habis je wak Zainul Anuar punya sharing tentang trip Shaklee ke Orlando dan Land mark study, memang uncle mutu dah standby gitar untuk aktiviti suka suka dengan anak anak ireach. Lepas tuh tah macam mana, nasib baik ada microfon Munzir Rahim , sempat lah kami rekod satu lagu, ye uncle mutu main gitar, dan anak lelaki Mai Md Saupi cuba improvasi harmonika. Layan siut teknik jamming ni, belakang pulak backdrop ireach, cool tak Lyna Noh ?

Lepas sesi jamming nih, ada sesi muzakarah, Uncle mutu dapat join aktiviti tuh, atas beberapa kriteria, membuatkan uncle mutu dan isteri Ainul Fadzilah Mustafa dipilih sebagai ahli Muzakarah Ireach. Ye, sesi ini dah masuk yang ketiga, banyak benda yang kami belajar untuk sesi hari ini. Ianya buatkan Uncle Mutu berfikir kembali, apa yang sepatutnya Uncle Mutu buat, dan apa yang Uncle Mutu perjuangkan sebelum ini betul ke memberi impak, atau sekadar buat sahaja.

Uncle Mutu tak harapkan BIntang jatuh bergolek di depan mata, uncle mutu rasa itu cerita lama, ye betul itu cerita lama. Bila Tuhan itu sengaja memberi bintang-bintang itu, di bawah tapak kaki Uncle Mutu, uncle mutu sempat kutip beberapa yang ada sahaja, kerana kurang mahir, dan masa tuh perlu berebut dengan orang lain. Tapi makin lama, bintang tuh tak jatuh jatuh, makin sukar, seolah olah malam jadi sepi, bintang tak jatuh di kaki, habis semua isi, menjadi basi.

Makin lama Uncle mutu faham. Kita tak boleh mengharap bintang, jatuh ke kaki kita lalu kita kutip. Cerita lama itu hanya sekadar tuhan nak beritahu uncle mutu, bintang tuh sangat bermakna, kau kena hargai bintang itu. Tapi tuhan tahu, itu hanya sementara, bukan usaha Uncle Mutu yang sebenar.

Ilham lagu ini, tuhan yang bagi, uncle mutu dan mushadad hanya persembahkan sahaja, kerana nota nota songsang dan gitar yang tidak tepat nadanya. Uncle Mutu faham, dulu kita semua mengharap bintang itu jatuh ke bawah, tanpa kita sedar, sebenarnya kita sendiri

PERLU TERBANG KE ANGKASA MENGUTIP BINTANG-BINTANG ITU !!!

(lagu khas untuk team muzakarah, dan jugak geng hantu shaklee !!!)


Comments

Popular Posts