Makanan Terengganu Area TTDI Shah Alam

Korang pernah tak rasa masakan Terengganu ? Yang biasa korang makan tentu sekali Nasi Dagang kan ? Itu semua standardlah, tapi yang aku pergi minggu lepas ini lagi best, sebab yang ini sangat unik, sebab semuanya home made, terasa sup sedap Mee Chalong dan Nasi Lobak , yang berkhasiat di Delong Cafe & Such di Seksyen U2 TTDI Jaya, Shah Alam.




Homemade Fish Ball

Keistimewaan yang diletakkan dalam Mee Chalong ini ialah tentu sekali homemade fish ball, itu kata kata puan Arlina Rosli, pemilik delong cafe ini. Hahha , rasanya tentu sekali bagi aku perasaan rindu pada kampung halaman di Dungun , Terengganu itu diterjemahkan kepada suatu cafe yang menjual Mee Chalong, dengan homemade fish ball yang istimewa tanpa tepung. Jadi memang rasa betul-betul ikan tuh, beza dan sangat berbeza.




Nasi Lobak

Nama orang putih itu nasi carrot itu jadi kegemaran Maryam, sebab nasi tuh ada perisa, dan memang diakui dibuat khas untuk kanak-kanak yang nak dapatkan khasiat dalam sebuah hidangan, jadi anak-anak boleh makan nasi lobak ini, termasuklah bapak dan mak sekali. Semuanya di sini, disediakan, khas dari seorang mak kepada anak. Kalau terasa rindu nak balik Terengganu, tapi tak sempat, datanglah Delong cafe ini.


Comments

Popular Posts