Little Caliph Melawat Wildlife Park Sunway Lagoon

Rabu minggu lepas, kami ikut Arreessa melawat Wildlife Park, Sunway Lagoon. Ini semua terjadi sebab Ainul dapat 4 tiket  percuma kami anak beranak ke Sunway Lagoon.  Jadi pada tarikh ini, kami ikut jelah Arreessa pergi lawatan bersama  cikgu dan rakan kesayangannya.


zoo dalam bandar sunway lagoon


Pengalaman melawat, beratur ikut kawan-kawan dirasai jugak oleh adiknya Ariana Maryam. Maryam  terlampau suka tengok  binatang-binatang, burung-burung, tapi takut  bergambar dengan Ogway, si kura-kura. Kami tak sempat pulak nak tengok Harimau putih , spesis terancam ini. Tapi sempatlah Ainul selfie dengan Singa pulak. Singa  tuh nampak pelik sangat, nampak sangat  dia  tengok manusia ini tak bertamadun  asyik selfie  je, hahaha.


sunway lagoon


Seronok lawatan kali ini berbanding  2 tahun lepas, sebab tahun ini tempat dia dekat je dengan rumah kitorang. 2 tahun lepas sangat sedih, sebab hampir terlepas trip, tah mana salahnya borang lupa nak isi, masa tuh Arreessa dah menangis. Nasib baik sempat bawak dia naik kereta, pergi ikut je sekali, bayar  kemudian. Lepas tuh, tahun lepas pergi taman burung, happy riang ria sebab naik bas bersama little caliph, kawan Arreessa yang lain. Tapi menulis cerita ini, memang sedih jugaklah masa Arreessa 4 years dulu. Minggu lepas, kami sekeluarga pergi, seronok riang rialah, satu family join ikut sekali. Kalau tak duduk rumah mengadap komputer proses order  masuk je, hahaha. Oklah, tahun ini tahun last Arreessa di Little Caliph, tahun depan dah masuk sekolah rendah, lain pulak ceritanya, apapun enjoy video di bawah ok ?


Comments

Popular Posts