Blog Orang Selangor

06/08/2016

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

Aku masih ingat lagi, pada tahun berapa tah aku baca buku nih, tapi ni buku dubook yang aku beli dan baca bersungguh-sungguh. SEbab tajuk dia memang sangat jelas.

Dalam buku ni, penulis penulis tersohor dari geng SokerNet membantai perjalanan bolasepak malaysia, yang masih gagal ke Piala Dunia, walaupun kita syok layan olimpik. Paling penting nak tahu bagus ke tidak ialah ke Piala Dunia.


piala  dunia

Tapi tulah, aku baca balik kisah Sanbagamaran tuh memang ingat sampai bila bila. Sebab memang masa tuh, Sanbagamaran antara aku rasa midfield paling hebat kat Malaysia, sebelum ada Safiq Rahim. Sanba ni bagi aku, ko boleh kahwinkan canturu, veenod, kunalan, garry, tak boleh lawan macha sorang nih.

Semua cerita buku ni sangat detail, semua cerita cerita dia membuatkan korang rasa kenapa kita sukar sangat nak layak piala dunia, bukanlah kita tak hebat pun. Tapi sayang, sebab salah sikit strategi, kita kecundang di saat akhir.

Bonus buku ni jugak ialah karangan pipiyapong tentang penstrukturan semula kelab bolasepak mengikut daerah. Cara ini dah di buat di Jepun. Malah thailand pun banyak kelab ikut daerah. Ini sebab Bhuriram sekarang lebih power dari MuangThong. Buat yang follow bola sepak thailand, korang mesti rasa kagum. Sebab tuh aku rasa TMJ nak sangat FAM berubah, kalau tak susah JDT nak dapat slot automatik Asian Champions League (ACL). ACL ni barulah ko lawan dengan kelab Asia terbaik.

Bebudak Sokernet katanya nak buat comeback. Aku sekarang baca semuanya bola, page harimau malaya dan macam-macam lagi. Tapi zaman era blogspot, Sokernet ni content dia lagi padu. Hahhaha, sebab dia punya troll dia lagi kuat. Kuat membahan, tapi ada jugak selit info taktikal power yang jarang korang boleh baca. Semuanya penulis dalam ni tulis ikut jiwa. Bab membahan liverpool tuh jugak paling gila, tak pun membahan arsenal. hahaha. dan jugak MU.

Buku content bolasepak macam ni dah takde lagi ke ? Ke aku je tak ikut perkembangan penulis ? Apapun korang kena baca buku nih, hahahaha. Karya agung bolasepak malaysia

4 comments:

  1. Saya folo sokernet dengan sokerleaks, tapi tak tahu kenapa sekarang dorang tak teruskan menulis macam Semuanya Bola (aktif update di facebook, website/blog)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya bola tuh serius sangat, tapi sokernet dan sokerleaks nih best, lawak kaw kaw punya

      Delete
    2. Semuanya Bola under Pn Ainon ABS rasanya. That's why guna Bahasa Melayu Tinggi.

      Delete