Cara Tulis BLOG Paling Power Dalam Sejarah

Salam sejahtera  semua, harini uncle mutu  sempat mengajar bebudak supermom menulis blog, cerita  balik pasal SEO, google ranking, cara pengalaman, soolution dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan Shaklee, tapi ada  satu benda yang uncle mutu perasan pasal blogging, benda paling penting nak tulis, supaya blog korang superpower macam blog Ben Ashaari , tak pun macam blog uncle mutu.




tips tulis blog


1. Tulis Pengalaman

Sebelum nak terrer tulis pasal benda saintifik, kita asah skill kita tulis pengalaman kita dulu, cerita kita dulu , story kita dulu, bila dah selalu tulis pengalaman, takda masalah pulak nak tulis benda lain, tulis pula beberapa fakta  yang anda tahu dan cuba olahkan. Kalau kita boleh type status panjang-panjang di facebook, jawabnya nak tulis blog takda masalah punya, janji kena konsisten.

2. Tulis Isu Semasa

Kalau dah berani maju ke depan, cuba huraikan dan rangkuman isu semasa, yang ni kena tulis dengan jiwa dan keluarkan pendapat sendiri. Kalau nak copy paste tuh, baik buat  blog berita macam oh bulan dan thevocket, blog copy  paste status orang tahap dewa punya, tuh sangat dasyat. Hahhaa, apapun try be your best, cuba melihat benda yang tersirat dibalik tersurat,


3. Banyakkan Membaca

Nak menulis power ni, kena banyak membaca, ye membaca itu yang akan membentuk teknik penulisan kita. Kalau kita rajin baca komik Ujang Din Beramboi, jawabnya jadi lawaklah, memang lawak kaw kaw, lawak bodoh tahap sifir lapan. Hahhaa, apapun, kenalah membaca ok ?


Selamat Update dan Promote Blog

Buat geng geng kelas blog semalam, Lindai dan kawan-kawan, selamat update blog, dan jangan lupa menulis dari hati ke hati. Kalau dah terer sikit banyakkan fakta dan nombor. Latihan kena selalu buat, selalu update ye kawan kawan. Macam aku pun takdalah rajin update, atleast sehari sekali, disiplin kena ada ok ?

Comments

Popular Posts