3 Kelebihan Guna Fan Page Facebook

Alhamdulillah hari ini saya dan rakan-rakan yang sekarang ni tengah feel kesejukan di atas Cameron Highland nih dah nak turun dah ke bawah. Hari ini pun nak melawat lagi beberapa tempat yang menarik di Cameron , sebelum nak pulang ke rumah masing-masing. Banyak lagi misi dan visi dan cita-cita kerja keras yang perlu dilakukan. Tapi tak bermakna business tinggal, sebab kita sekarang ini semuanya online, sempat juga semalam melayan prospek yang bertanyakan tips permakanan bagi masalah darah tinggi.


cara dapat banyak like

Pemasaran Facebook 

Satu trend sekarang di mana kita suka follow kisah peribadi seorang idola, tak kisahlah dia ini pakar pemasaran internet, personaliti tv, artis, semuanya ada akaun peribadi Facebook. Boleh kata semua orang guna facebook, kerana ianya mudah, dan macam-macam cerita korang boleh jumpa, sambil ada je yang sekarang nih melayan video itu dan video ini, dah ada facebook live, dan macam-macam lagi kelebihan guna facebook, sampai ada yang cari jodoh, tak kurang juga yang cari gaduh, khidmat masyarakat, dan juga menyebarkan fitnah dan berita palsu.

Likers vs Followers

Ada suatu ketika , kebanyakkan pakar menyeru kita semua membuka satu akaun Fan Page Facebook , kalau kita betul-betul nak menjual. Dari situ ramai , malah hingga sekarang, Fan Page wajib ada, kalau nak pasarkan sesuatu benda, contoh macam kami sekarang jual Shaklee, Page Diet Diet Sihat dah wujud 4 tahun. Tapi ada suatu ketika, bila Facebook mengenalkan feature followers pada akaun biasa, akaun peribadi, di situ ramai yang bertukar strategi, tak perlu buka fan page lagi, dan cukup menggunakan akaun peribadi. Memang boleh dikatakan, korang boleh je buka personal fb yang ramai followers, macam Puan Ainon, Fdaus Ahmad, Mutalib Othman, Bro framestone, dan ramai lagi yang terlibat. Ternyata menggunakan akaun personal sahaja, kita boleh kumpulkan ramai followers, dan mudah untuk menyampaikan sesuatu dan mendapat engagement yang padu lagi jitu.

Kenapa Kena Guna Fan Page Facebook ?

Apapun kelebihan akaun peribadi facebook, yang boleh membuat post di group -group facebook yang tumbuh bak cendawan, penggunaan Fan Page ada kelebihannya tersendiri. Nak diceritakan, ada suatu ketika, Fan Page menjadi kegilaan ramai, masa tuh ada servis naikkan likers, dan jugak semasa itu tak ramai lagi komplen tentang algorithm Facebook. Tapi ada suatu masalah, di mana Facebook mula menghukum Fan Page ni, sama ada kena delete, tak pun ada suatu ketika, likers dari yang ramai, terus jadi sikit, kerana Facebook melakukan pembersihan akaun, delete semua akaun yang tak aktif dan palsu. Facebook lebih ketat, lebih sukar, dan mungkin sebab ini ramai yang terus menerus menggunakan akaun peribadi, yang lebih mudah diuruskan. Kelebihan Fan Page ini patut digunakan kalau korang semua nak berniaga.kat sini ada bolehlah nak share beberapa kelebihan Fan Page berbanding akauan biasa.

  1. FB Ads - paling senang nak buat iklan adalah dengan menggunakan Fan Page. Nak buat iklan Fb Ads, selepas itu nak buat iklan instagram pun boleh. Benda ni sukar dilakukan di akaun peribadi. Korang boleh linkkan dengan power editor, dan macam-macma lagi tools menarik, yang boleh digunakan untuk meningkatkan likers Fan Page korang. Personal akaun tak pastilak boleh buat macam nih.
  2. Analitik - Fan Page sekarang lebih analitik. Ianya lebih kemas, dengan korang boleh tengok sendiri, siapa yang like page korang, lelaki ke perempuan, mereka ini duduk di mana, umur, dan asal mana. Data demografik ini sangat penting, sebabnya ada je beberapa page yang best macam KIO yang Lin Chalo buat tuh, dia berjaya kumpulkan ramai likers perempuan. Nak best lagi, setiap post yang korang buat, korang boleh search semula, check berapa engagement, dan tengok berapa shares. Selain itu kalau korang upkan link blog, korang boleh tengok berapa reach yang ada, dan berapa ramai yang klik pada link blog korang. Ini semua bergantung kepada berapa ramai likers korang. Jadi, bila buat sesuatu tajuk, korang boleh kaji, kalau buat tajuk gempak gila-gila, tentu ramai share, kalau tajuk bosan, mesti tak banyak engagement. Pentingnya analitik ini supaya kita pun tahu topik apa yang akan dapat banyak engagement dan mudah viral.
  3. Ramai Admin dan Editor - Kelebihan paling superb bagi seseorang yang guna Fan Page. Kita kalau sebagai business owner, kita boleh lantik ramai editor di page kita. Bila lagi ramai editor, page korang boleh sentiasa update. Bila sentiasa update,kat sini engagement akan sentiasa tinggi, dan bila ramai editor yang selalu promote, memang likers akan naik secara organik. Strategi mudah ini digunakan oleh kami, bila team Diet Diet Sihat mendapat kelebihan ini untuk memantapkan blog, personal diorang dan seterusnya mendapatkan sales yang banyak. Ini memang satu kelebihan dan kepuasan team kami yang menggunakan page yang banyak likers. Salah satunya boleh naikkan trafik blog dan mendapat ramai prospek.

Bila sebut pasal Fan Page ye ramai yang risau kena keluar duit, tapi ada juga cara nak naikkan likers tanpa keluarkan duit. Tapi kalau keluarkan duit untuk dapatkan ramai likers, nak gunakan untuk kebaikan organisasi Shaklee, memang ianya satu pelaburan jangka panjang yang berbaloi. Alhamdulillah, team kami nampaknya semuanya berlumba-lumba nak mantapkan blog mereka, nak cari ramai pembaca dan nak sebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang mudah untuk diviralkan. Jika anda semua berminat untuk menyertai Team Diet Diet Sihat, hubungi saya atau isteri saya Ainul Fadzilah Mustafa sekarang. Memang best, dan memuaskan.

Comments

Popular Posts