Tips Beraya Rumah Orang - Tutup Handphone Korang

cuba buat satu papan tanda siap siap, rumah atok nenek, siap siap pasang sign board nih. Hahha, korang ingat tak iklan yang atok nenek dia rampas handphone masing-masiing, lepas tuh suruh satu keluarga cari bulu, cari kelapa, tangkap ayam. Lepas tuh atok dia cakap "INI BARU RAYA "



tapi ko tahulahkan, nak jumpa fizikal nih, harapkan raya jelah, sebab atok nenek makcik pakcik pun ada fb jugak, dah ada group watsap, diorang pun ada blog jugak, diorang pun follow mutalib othman dan pidomat punya status jugak. Jadi nak beraya nih, takkan nak angkat hp, layan fb lagi, hahha, jangan cakap korang, aku lagilah teruk, hahah sama je kita nih. Jom beringat sikit.

Jadi nak jadikan raya bermakna, tutup jap, puasa jap smartphone korang, nanti lepas makan, gunalah smartphone korang 36 megapixel tuh amek gambar banyak banyak. Time nak tunggu makanan siap tuh, sembang sembanglah apa yang patut, kalau korang buat business, time nilah nak promote business. Tak pun korang bincang isu negara ke, ahli politik keluar UMNO ke, takpun kisah pemimpin kutip derma. Itu belum lagi lelaki cerita pasal EURO 2016 yang tak habis habis isu england keluar, germany menang, hahaha.

Kalau stress sangat , telan je b-complex banyak banyak, hahhahaaha. Ramadhan ada lagi nih, pulun apa yang patut ok ?

Comments

Popular Posts